Beberapa minggu ni, kita dihangatkan kembali dengan isu Palestin-Israel. Ketika kita di sini baru bersemangat nak sambut Raya lepas dah sebulan berpuasa, tiba-tiba kita dikejutkan kembali dengan serangan tentera Israel ke atas Palestin. Rata-rata orang Malaysia dah membanjiri ruang komen dan ‘menyerang’ laman-laman tokoh serta pempengaruh yang sokong Israel.
Manakala ada jugak kumpulan penggodam dari Malaysia turut mendakwa diorang dah godam bermacam-macam laman Israel. Semangat solidariti ni turut dikongsi oleh komuniti dunia, lagi-lagi apabila diorang dah tau hakikat bagaimana Israel secara diam-diam menduduki tanah Palestin secara haram bertahun lamanya. Namun begitu, ada jugak yang pertahankan hak Israel. Diorang kata Israel ada hak sebab itu tanah diorang. Bagaimana kalau kami katakan, Israel boleh je dibina kat mana-mana je selain Palestin dulu?
Palestin bukanlah satu-satunya tanah yang dipertimbangkan, banyak je cadangan pembinaan negara Israel dulu termasuklah di benua Afrika
Mungkin ramai tak tau bahawa Palestin bukanlah satu-satunya tanah yang pernah dipertimbangkan dulu oleh para pembina Israel. Pertama sekali, kita kena kenal dulu ‘musuh’ kita. ‘Musuh’ yang kami maksudkan ni adalah Zionis. Secara asasnya, diorang ni terdiri daripada orang Yahudi Eropah yang nakkan sebuah negara untuk diorang sendiri lepas beratus tahun dimusuhi dan tak diterima baik oleh orang Eropah sendiri. Oleh demikian, diorang banyak mempertimbangkan beberapa kawasan yang mungkin sesuai untuk dijadikan batu asas negara Israel yang dicitakan.
Zionis, atau Zionisme pada awalnya bukanlah suatu idea yang buruk bila kita fikirkan semula. Biarlah diorang nak bina negara atas tanah yang nakkan diorang. Pada masa tu, faktor sejarah Yahudi tu takde lah penting mana pun. Kalau boleh bina negara kat tanah Arab, diorang okey je. Kalau tak dapat, takpelah. Misalnya pada 1820, sorang tokoh berketurunan Yahudi Eropah bernama Mordecai Manuel Noah cuba mulakan negara Yahudi berdekatan Sungai Niagara, di perbatasan Kanada dan Amerika Syarikat kini. Penempatan awal tu dinamakan sebagai “bandar Ararat” sempena Gunung Ararat. Bandar tu macam tak jadi sangatlah, tetapi idea awal yang berkampung di tanah Amerika sendiri membuktikan Palestin tak menjadi pilihan pertama diorang.
Pada 1903, Setiausaha Kolonial British Joseph Chamberlain buat cadangan baharu kepada Theodore Herzl. Herzl ni tokoh utama gerakan Zionis. Chamberlain tawarkan tanah seluas 5,000 batu persegi (13,000 km persegi) di Kenya di bawah British Uganda Program. Diorang pertimbangkan jugaklah idea ni sebab benua Afrika dilihat sebagai alternatif yang baik kepada Holy Land.
Dalam gerakan organisasi Zionis, World Zionist Organisation tu pun… ada jugak yang masih nakkan negara Israel di Palestin. Tetapi oleh disebabkan diorang tak boleh pun menjejakkan kaki dan mula menempik dada bahawa tanah tu hak diorang masa tu, diorang pergi tengok jugaklah tanah yang ‘dijanjikan’ British. Pada awalnya, diorang tengok kawasan tu memang sesuai je dijadikan negara. Namun diorang tolak sebab penduduk tempatannya yang terdiri dari puak Maasai taknak Yahudi Eropah datang berbondong-bondong ke sana. Lalu idea tersebut ditolak pada 1905.
Sebelum perang dunia kedua, Stalin di Rusia menawarkan lagi tanah di USSR iaitu di Birobidzhan. Masa tu orang Ukraine dan orang Krimea yanng tinggal di sana pun taknak kumpulan Zionis bina di sana walaupun ramai Yahudi Soviet tinggal sekitar kawasan tersebut. Ni menunjukkan, pada masa tu idea Zionis ni lebih ke arah nasionalisme baharu. Bukanlah semata-mata berasaskan bahawa Zionis berhak atas sebab keagamaan. Kalau nadi dakwaaan pembinaan negara Zionis ni semata-mata kerana agama, macam takde sebab pulak Yahudi Soviet taknak sokong. Namun demikian, pada 1991 ramai Yahudi dah pindah ke Jerman dan Israel. Yang tinggal hanyalah lebih kurang 2% daripada populasi tempatan.
Pelan Madagaskar pernah diutarakan semasa kerajaan Nazi memerintah Jerman. Diorang mencadangkan Yahudi Eropah ni dipindahkan ke Pulau Madagaskar yang jauh dari Eropah dan Jerman. Akan tetapi pelan ni tak berhasil disebabkan kegagalan Jerman kalahkan British dalam merebut koloni-koloni di bawah Perancis dulu ketika Battle of Britain pada 1940. 2 tahun lepas tu, Jerman memilih rancangan baharu dinamakan Final Solution to the Jewish Question.
Kita kenal kesannya pada hari ni sebagai Holocaust. Beberapa kawasan lain yang dicadangkan oleh kerajaan British dan Itali sebelum 1948 adalah di British Guiana dan koloni Itali di Afrika Timur. Lihatlah betapa ‘berbahaya’nya idea nasionalisme Zionis sehinggakan ramai nakkan diorang jauh dari pentadbiran Eropah sendiri. Diorang tak dilihat sebahagian dari Eropah, walaupun keturunan diorang berdarah Eropah.
Bekas presiden Iran cadangkan Israel ni patut dibina kat tanah datuk nenek diorang dibunuh
Menurut bekas presiden Iran Mahmud Ahmadinejad, kalau Jerman dan Austria rasa bertanggungjawab ke atas pembunuhan Yahudi semasa Perang Dunia kedua… kenapa tak beri je Israel dibina kat tanah sendiri? Ni satu persoalan yang kekal tak terjawab. Kami tau, kebanyakan penyokong Zionis (dan Israel) kata hak mutlak Yahudi ke atas tanah Palestin adalah kerana sejarah dan kitab diorang cakap benda yang sama. Sambung Ahmadinejad, kebanyakan Yahudi di Israel ketika ni “tiada asas sejarah di Palestin, tetapi mereka memegang nasib orang Palestin di tangan mereka dan membenarkan diri mereka membunuh orang Palestin”.
Macam kami katakan, dan Israel pun mengakui jugak: diorang ni asal Eropah. Secara efektifnya, ni adalah suatu penjajahan yang dihalalkan oleh kuasa-kuasa besar demi kepentingan diorang je di Asia Barat. Yahudi Eropah tak sama dengan Yahudi yang memang asal Arab, khususnya yang dah tinggal kat Palestin. Budaya dah jauh tak sama, apatah lagi nak dakwa tu hak tanah diorang kerana faktor agama pulak. Israel boleh wujud, yang penting bukan di tanah yang jelas taknak diorang.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 14, 2021
Perihal kitab pulak; bagaimana ramalan dalam kitab suci dijadikan sandaran sedangkan prinsip keamanan dalam kitab tu tak ditegakkan? Ni tak adil dan tak wajar. Bila ditekan oleh komuniti antarabangsa, baru Israel nak ambil peduli. Tu pun dalam sesetengah hal je seperti isu vaksin baru-baru ni. Adakah tu ajaran sebenar yang cuba dipaparkan oleh Yahudi – langgar perjanjian sempadan yang dah dimeterai, serang orang masa tengah solat, menggunakan kekerasan dan tipu daya untuk halau orang dari rumahnya?
This doesn't describe the Israeli occupier's logic only; it also describes the rudeness of those who support the Israeli colonial policies of expropriating the Palestinian occupied lands. pic.twitter.com/OSB0QejwCT
— Ramy Abdu| رامي عبده (@RamAbdu) May 1, 2021
Untuk kita berlaku adil, kami selitkanlah jugak sedikit kritikan terhadap idea nak pindahkan Israel. Sesetengahnya melihat cadangan tu sendiri seolah memperlekehkan sejarah penindasan Yahudi di Eropah dan peristiwa Holocaust. Amos Oz, seorang penulis uuku dari Israel berjudul ‘A Tale of Love and Darkness’ mengimbau memori bapanya kat Eropah. Di sana, bapanya terbaca grafiti yang tertulis kat dinding, “Yahudi, pulang ke Palestin”, tetapi bila dia dah sampai ke Palestin, dinding kat sana pulak tertulis, “Yahudi, keluar dari Palestin”.
Setakat ni, cadangan yang kami rasa boleh diusulkan kepada Israel (dan penyokong Zionis) adalah pembelian tanah. Takde negara nak bagi tanah diorang secara percuma, tapi ada je yang mungkin nak jualkan dengan harga yang tinggi. “Bapa angkat” Israel yakni Amerika Syarikat boleh tolong bagi pinjamlah sikit duit untuk bantu Israel. Berbanding nak berikan bantuan berbilion untuk pertahanan Israel, baik beri bantuan wang untuk Israel keluar dengan selamat ke tanah yang nakkan diorang. Amerika Syarikat moden pun sempat beli tanah kat sana sini lalu menjadilah Amerika Syarikat sekarang, jadi kenapa tak ajarkan “anaknya” Israel untuk buat sedemikian?
Kalaulah prinsip menuntut hak tanah kerana penganut agama diorang pernah tinggal sana, agaknya boleh kot kita tuntut jugak negara lain yang seagama dengan kita atau paling takpun, yang pernah ada sejarah dengan kita. Malaysia boleh tuntut Selatan Thailand dan Selatan Filipina, Indonesia boleh tuntut pulau-pulau di Sabah dan Filipina pulak boleh tuntut sebahagian Sabah. Brunei boleh tuntut sebahagian besar Sarawak dan Sabah. Singapura pun boleh tuntut Johor jugak, atau Johor boleh je tuntut Singapura. Tu kalaulah prinsip tuntutan Israel ni boleh digunapakai dalam undang-undang antarabangsa…