Tiket kapal terbang ke Sarawak turun ke RM200, ini ceritanya

sarawakkapal

Kehangatan PRN Sarawak membuatkan kita lagi cakna tentang masalah harga tiket kapal terbang yang membelenggu rakyat. Apa taknya, satu Malaysia je pun… tapi harga tiket kapal dah nak macam ke luar negara dah. Hal tersebut tular susulan ramai orang Sarawak yang nak balik kampung, sama ada untuk mengundi atau nak raikan sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu Cina. Namun kenaikan tu cerita sebelum pandemik. Sekarang ni, sebab utama kenapa naik tinggi sangat tu rupanya ada kaitan dengan polisi kerajaan negeri Sarawak sendiri.

tiket harga mahal
Via Berita Harian

Ada dakwa tiket KL-Sarawak lebih mahal dari KL-Dubai, AirAsia tampil jelaskan

Menjelang PRN Sarawak, ramai nak balik ke Sarawak sama ada nak mengundi ataupun sekaligus nak balik kampung jumpa keluarga sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu Cina. Ramai antara anak Sarawak ni terpaksa bekerja di luar negeri, jadi satu-satunya cara paling mudah nak pulang adalah dengan naik kapal terbang. Namun atas ihsan perkongsian ramai, barulah kita mengerti dilema anak Sarawak di Semenanjung Malaysia yang dah lama tak balik kampung sejak PKP dilaksanakan pada tahun lalu.

Hal ni dibangkitkan dalam suatu sidang Dewan Rakyat. Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang bimbang diorang yang nak balik kampung ke Sarawak akan berdepan dengan masalah kewangan untuk pulang disebabkan kenaikan harga tiket yang sangat mahal.

“Saya ingin jawapan daripada Menteri Pengangkutan (Wee Ka Siong), mengapakah boleh berlaku pada hari ini harga tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Miri, Sarawak lebih mahal berbanding harga tiket dari Kuala Lumpur ke Dubai?

Adakah fenomena tidak adil ini sengaja dirangka supaya pengundi luar tidak boleh pulang mengundi di Sarawak?”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

tiketmahalsarawak
MAS pun sama je mahal.. -Via Sana Sini Sinun

Hassan bukanlah satu-satunya yang bersuara tentang hal tu. Ramai lagi yang memberikan komen, antaranya Zee Avi, artis Sarawak. Dia yang menetap di ibu negara bersama suami sekarang, mengakui terpaksa tukar rancangan nak pulang ke Kuching pada waktu musim Krismas.

“Saya ada tengok jadual perjalanan dan tiket ke Eropah dari 23 Dis sehingga 27 Dis, tak ada yang semahal nak balik Sarawak. Memang terkejut, ada yang sampai RM2,000 ke atas untuk perjalanan sehala, hampir sama harga dengan tiket penerbangan ke London.

Saya dan keluarga pun tak dapat balik, walaupun awalnya ada perancangan nak bawa suami balik jumpa keluarga di Kuching. Saya harap pihak berwajib dapat beri alasan yang kukuh mengapa tiket penerbangan ke Sarawak sangat mahal,”- Zee Avi, seperti yang dilaporkan Astro Awani
Tak seperti apa yang Hassan nyatakan tadi, kenaikan tiket harga kapal terbang tu bukanlah disebabkan oleh PRN je. Tak dinafikan, ia akan menganggu perancangan para pengundi Sarawak yang nak pulang mengundi… tapi nak kata harga tiket kapal tu seolah sengaja dinaikkan akibat PRN tu tak benar.
airasia tiket harga mahal sarawak
Via Rileklah.com
Kata Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia; faktor utama yang buatkan harga tiket lebih mahal adalah pengehadan jumlah kekerapan penerbangan. AirAsia sebenarnya kena mohon kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) sebelum nak buat apa-apa tentangnya. Jelasnya:

“Model penetapan harga AirAsia adalah berdasarkan permintaan dan penawaran dan ianya serupa dengan yang digunapakai oleh syarikat penerbangan lain seluruh dunia. Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan yang dihadkan oleh SDMC telah menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga yang tinggi apabila tiket pada harga rendah telah habis terjual. Ini juga adalah mekanisme sama yang digunapakai untuk menawarkan harga promosi termasuk tiket serendah RM99 sehala pada Oktober lalu. 

Secara umumnya, harga tiket akan meningkat semakin hampir ke tarikh penerbangan dan juga semasa musim cuti, apabila hampir semua penerbangan kami hampir penuh sehingga 90%. Jumlah kekerapan penerbangan yang dihadkan merupakan faktor utama yang melonjakkan harga tiket bagi semua syarikat penerbangan.”- seperti yang dipetik dari Newsroom AirAsia

Harga tiket kapal KL-Kuching turun ke RM200 sehala, sekatan SMDC didakwa punca kenaikan

Oleh sebab AirAsia dah terima kelulusan rasmi daripada MOTS dan SMDC untuk tambahan 43 penerbangan mingguan dari 11 Disember hingga 5 Januari 2022, ni secara langsung menurunkan harga tiket KL-Kuching daripada sekitar RM1,000 sebelum kepada kurang RM200 sehala. Ia jugak hampir habis terjual sebaik jualan dibuka. Ni bermakna, masalahnya bukan pada faktor permintaan dan PRN pun… ia adalah faktor sekatan kerajaan negeri Sarawak sendiri.

Dalam satu surat terbuka kepad Editor FMT yang disiarkan pada 26 November lalu, para pengembara ke Sabah tak berhadapan dengan masalah ni walaupun ramai jugak anak Sabah yang nak pulang untuk meraikan Hari Krismas dan Tahun Baharu Cina.

airasiasarwak
Via Sarawak Voice

Ni disebabkan AirAsia dan syarikat penerbangan lain tak tersekat nak tambah serta sesuaikan penawaran diorang. Berbeza halnya dengan Sarawak. SDMC diberikan kuasa yang besar untuk mengawal sempadan negerinya demi membendung penularan Covid-19. Jadi sekatan SDMC sememangnya mempengaruhi harga tiket kapal ke Sarawak.

Ni tak bermakna kami tak sokong usaha SDMC. Malah, kami rasa SDMC dah lakukan sehabis baik untuk kawal penularan di Sarawak. Kalau korang masih ingat, Sarawak dahulunya mempunyai beberapa kluster Delta dan jumlah kes harian yang agak tinggi.

Tetapi atas dedikasi SDMC dan kerjasama seluruh pihak, kes Covid-19 di Sarawak dah turun. Dalam hemat kami, ni bukanlah soal politik pun… sebaliknya, ia hanya soal protokol kesihatan awam negeri je. Hal yang awalnya takde kena mengena dengan politik tak perlu dipolitikkan.

Kami tumpang gembira dengan pengumuman AirAsia mengenai penurunan harga tiket kapal terbang KL-Sarawak. Lebih penting, AirAsia dah selesaikan satu isu besar dan memudahkan lebih ramai anak Sarawak untuk pulang mengundi serta balik kampung sejak sempadan negeri tersebut dikawal ketat dari tahun lalu. Sekarang ni tinggal isu refund duit tiket kapal dan kelangsungan syarikat penerbangan tambang murah tu lagi yang harus diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *