Trump tak hadir Majlis Angkat Sumpah pak Biden? Ini sebab utamanya

F1

Kebiasaannya di Amerika Syarikat, pihak yang kalah akan tetap bersyukur dan ucapkan tahniah kepada pihak yang menang. Budaya ni dah berzaman dilakukan sebagai tanda patriotisme, tak nak guna politik tu semata-mata nakkan kuasa je. Namun budaya ni tak diteruskan oleh Donald Jr. Trump, presiden Amerika Syarikat ke-45 yang kalah kepada Joe Biden pada pilihan raya tahun lalu.

728 X 90

Donald Jr. Trump ni kami rasa seseorang personaliti yang unik, sebab dia berjaya menjenamakan diri sendiri hingga sesetengah penyokong Republikan begitu taat dan setia bersamanya. Mereka lihat Trump ni sebagai hero rakyat yang sebenar – lupa bahawa Trump ni pun golongan elit kaya jugak. Kejadian baru-baru ni menampakkan sejauh mana pengaruh Trump, sedangkan benda tu tak patut dibuat pun kalau dia reda dengan kekalahannya baru-baru ni.

Trump Riot
Via KTLA.com

Trump arah pengikutnya serang Capitol tanda protes, ramai rasa mereka tengah buat revolusi dan layak dapat pengampunan

Sebelum ni kami dah cerita sikit pasal perkembangan pilihan raya di Amerika Syarikat, Joe Biden dan Kamala Harris dari Demokrat berjaya memenangi pilihan raya Amerika Syarikat pada 2020. Trump dan Pence dari Republikan kalah dalam pertarungan ni, namun takde tanda Trump akan mudah serahkan kedudukan Presiden tu sekaligus melanggar segala norma dan budaya lepas pilihan raya yang pernah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.

Trump kemudiannya cuba nak ‘overturn’ keputusan tetapi setiap usahanya tak berhasil. Nak suruh kiraan semula, Joe Biden tetap menang. Nak minta keputusan mahkamah untuk pilihan raya semula, Demokrat jugak menang di Georgia. Ni semua membawa kepada hari Trump diberikan pentas depan Rumah Putih. Pence kata mereka berkemungkinan besar akan kalah masa kiraan undi elektoral yang bakal mengesahkan Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, jadi Trump marah dan mengutuk Mike Pence depan para pengikutnya.

Getty Image Trump Save America
Via Getty Images/Vox

Dalam ucapannya selama 70 minit, Trump dakwa pilihan raya ni berat sebelah dan sesiapa yang menentang Trump dan pengikut Republikan yang setia pada Trump ni sebagai orang jahat. Tanpa segan silu, dia kemudiannya menyeru mereka yang hadir ni agar ‘bersama-sama’ serang Capitol sebagai tanda protes ke atas keputusan yang tak menyebelahi mereka. Seruan ni dimarakkan dengan ucapan daripada pihak Trump sendiri, seperti peguamnya Rudy Giuliani yang mengajak para pengikutnya untuk terus melawan.

Pada hari kejadian iaitu 6 Januari lalu, para pengikut Trump berkumpul dan terus cuba mencerobohi bangunan Capitol. Masa tu, majlis rasmi yang mengesahkan kedudukan Biden sebagai Presiden baharu dimulakan. Trump ketika ni takde pun turun nak ‘bersama-sama’ serang Capitol sebagaimana yang dia katakan sehari lepas. Secara tak langsung, Trump sebenarnya hanya memprovokasi je tapi tak boleh diletakkan sebagai pelaku langsung kepada pencerobohan tersebut.

Tentunya serangan pencerobohan ni mendapat perhatian meluas di seluruh Amerika Syarikat. Ada sesetengahnya amat terkejut kerana tak sangka pengaruh Trump ni membolehkan orang hilang hormat kepada Kongres dan seluruh kepercayaan kepada proses kerajaan mereka. Ada jugak yang risau dan melihat ni adalah tanda buruk kesan dari ideologi white supremacism.

Serangan ni jugak membuatkan orang tertanya-tanya seketat mana protokol keselamatan yang ada dalam Capitol tu. Ada mendakwa sesetengah polis yang ditugaskan jaga Capitol pada tu yang diam-diam sokong Trump, sengaja bagi laluan dan tak bersungguh-sungguh nak halang. Siap ada lagi yang tolong rakamkan lagi mereka yang terlibat dengan senyum. Walaupun begitu, ada jugak sesetengah pelaku serangan tu dakwa mereka tak salah sebab ikut perintah Trump sebagai presiden je. Malah seharusnya mereka yang patut diberi medal atau layak dapat pengampunan kerana dah ikut perintah Trump demi semangat cintakan Amerika Syarikat.

Sekali lagi proses pemecatan Trump dilakukan, sementara platform sosial buang akaun Trump susulan serangan

Serangan ke atas Capitol ni turut dikecam oleh anggota Republikan sendiri. Misalnya wakil rakyat Republikan dari Wyoming, Liz Cheney kata Presiden (Trump) yang jadi punca serangan tersebut. Wakil rakyat Kentucky, Mitch McConnell turut menyalahkan Trump dan kata mereka yang terlibat tu cuma disuap penipuan demi penipuan yang dicetuskan oleh Trump.

Bahkan 3 anggota tertinggi yang sepatutnya berada di sisi Trump ketika minggu terakhir Trump jadi Presiden pun taknak datang ke ‘majlis perpisahan’. Dilaporkan Mike Pence, Mitch McConnell dan Kevin McCarthy takkan menghadiri majlis tersebut kerana nak hadiri upacara keagamaan di Cathedral of St. Matthew the Apostle di Washington D.C. Susulan peristiwa serangan di Capitol tu pulak, proses pemecatan Trump sekali lagi akan diadakan atas dakwaan sengaja mencetuskan rusuhan.

Mitch Mcconnel Mckarthy
Mitch McConnell (kiri) dan Kevin McCarthy (kanan).. Via Business Insider

Menariknya, tak seperti proses pemecatan kali pertama… ia dilakukan lepas Biden angkat sumpah jadi presiden. Undian ke atas usul pemecatan Trump ni dah dikutip di peringkat Kongres pada 13 Januari, dengan kiraan sebanyak 232-197 daripada kedua-dua pihak. Ni bermaksud, usul tersebut akan dibawa ke peringkat Senat lagi. Pemecatan ni mungkin tak bermakna apa-apa lagi segi struktur pentadbiran Amerika Syarikat kerana dia pun dah nak habis tempoh jadi Presiden. Tetapi proses tersebut boleh dijadikan suatu contoh teladan kepada Presiden akan datang.

Trump jugak berkemungkinan besar boleh didakwa dan tak dapat imuniti presiden atas apa yang terjadi di Capitol Hill. Yang dapat kita perhatikan sekarang ni, Trump dah diharamkan daripada pelbagai platform media sosial daripada Facebook, Twitter, Twitch, Tik Tok dan banyak lagi. Para pengikutnya kata ni suatu tindakan buruk yang halang kebebasan bersuara oleh kerajaan, tapi ramai perbetulkan semula bahawa syarikat-syarikat platform ni bukan di bawah kerajaan. Maksudnya, syarikat-syarikat ni yang rasa Trump amat berbahaya dan tak boleh dibiarkan.

Media Sosial Haramkan Trump
Via Youtube

Memandangkan Amerika Syarikat sudah ada Presiden baharu, kini tiba masanya untuk kita mulai memerhatikan bagaimana dasar dan polisi Biden. Apa yang ditentukan oleh Amerika Syarikat boleh mempengaruhi banyak perkara dalam aspek hubungan luar negara termasuklah dari segi ekonomi dan politik. Iktibar paling besar yang dapat kita lihat adalah kebangkitan ideologi fasisme pun boleh wujud dalam negara yang selalu dikatakan hero kepada isu kemanusiaan pada zaman lepas Perang Dingin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *