Tanda pagar KamiMintaLima tular di media sosial, ini cerita disebaliknya

F1

Baru-baru ni, sebuah hashtag trending di Twitter dan mendapat perhatian ramai (termasuk kami) adalah #KitaMintaLima. Mula-mula kami tertanya, apa benda lah minta lima ni.. dan siapa “kita” yang dimaksudkan. Jadi kami skrol jauh-jauh di Twitter, dan dah mula faham apa benda dalam hashtag ni. Walaupun kami tak tau siapa yang mulakannya setakat ni, tapi pastinya tak banyak saluran media besar nak laporkan hashtag ni.

728 X 90

Hanya sehari lepas dilaporkan, New Straits Time yang siarkan laporan trendingnya #KitaMintaLima ni padam pulak artikel tersebut. Sekali lagi, kami pun tak pasti motif sebenar nak padam artikel laporan hashtag tu sebab ye lah, kan setakat laporan je. Jadi jom kita tengok apa sebenarnya yang terkandung dalam hashtag ni dan apa sebab ia begitu menarik perhatian warganet di Twitter.

Trending #KitaMintaLima di Twitter, ramai nyatakan sokongan nak minta 5 benda ni kat Agong

Kat Twitter, biasalah wujud bermacam-macam hashtag untuk macam-macam perkara. Daripada sekadar nak sokong artis pujaan, hinggalah kepada isu-isu kemanusiaan seperti #KitaJagaKita dan #SorryJungin; kali ni kami nak kongsi pulak pasal trendingnya hashtag #KitaMintaLima ni.

Seperti yang kami katakan awal tadi, kami tak tau siapa yang sebenar-benarnya mulakan hashtag ni sehinggalah trending di Malaysia. Pastinya yang menarik perhatian ramai ni adalah mesej dalam #KitaMintaLima ni.

Poster #kitamintalima
Via Twitter

Kami difahamkan bahawa #KitaMintaLima ni sebenarnya boleh dikatakan seruan dan permintaan rakyat kepada Agong ketika darurat ni. Dimulakan dengan sembah hormat, terdapat 5 benda yang disenaraikan dalam sebuah poster grafik. 5 perkara tersebut adalah:

  1. Perintah kawalan yang bersasar dan efektif
  2. Sokongan penuh kepada frontliners dengan salurkan segala sumber bagi melawan COVID-19
  3. Moratorium bank automatik dan bantuan tunai kepada rakyat sepanjang PKP
  4. Penguatkuasaan SOP MKN secara adil dan saksama
  5. Peranti dan data internet kepada semua pelajar dengan segera

Sekiranya permintaan ni tak dipenuhi, maka mereka yang sokong kempen hashtag ni nak pohon supaya dipertimbangkanlah idea tukar kerajaan tu. Melihat perkembangan sekarang ni pun, sememangnya kita pun dah nampak kegelisahan rakyat dalam kelima-lima benda yang disebutkan ni. Malah, idea nak tukar kerajaan tu pun dah lama. Sebelum diisytiharkan darurat sejak tahun lalu, ura-ura nak segerakan PRU15 terus berleluasa.

Mari kita tengok rasional ke tak permintaan-permintaan ni…

Lima permintaan yang boleh dikatakan munasabah, tak semestinya datang dari orang politik

Secara umumnya, permintaan-permintaan ni boleh dikira logik dan rasional jugak sebab semuanya memberi keuntungan kepada rakyat. Ada jugak di antaranya tu, dah sebati dituturkan oleh warganet khususnya permintaan ke-4 tu. Tetapi ada jugak yang rasa ni semua cuma mainan pembangkang semata-mata. Macam rakyat takde akal pulak kan sampai tak mampu nak bersuara tanpa perlu dikaitkan dengan kepentingan dalam arena politik.

Gerakan Misteri
Gerakan misteri atau gerakan warganet?.. Via Twitter

Perkara pertama ni, iaitu perintah kawalan yang lebih baik kerapkali disebutkan oleh beberapa pakar sebelum ni. Misalnya, Prof Dr. Sazaly Abu Bakar selaku pakar virologi Universiti Malaya (UM) kata PKP bersasar lebih baik. Maksudnya, pemetaan zon amatlah penting. Mungkin ada zon hijau yang tak perlu dah dikenakan PKP, manakala ada jugak yang harus dikenakan PKPD.

“Kita sudah tiada cara lain. Cara yang terbukti berkesan bukan sahaja di negara kita, malah di negara lain adalah melaksanakan semula PKP, bukan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, ia bukan seperti PKP yang pertama kali dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu. Kita belajar daripada apa kita lalui dahulu, ubah suai pelaksanaan PKP itu, lebih bersasar tetapi diperluaskan mengikut negeri, mukim atau daerah yang dikategorikan sebagai zon merah…”-seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 8 Januari 2021

Roadblock Askar Pdrm
Via Harian Metro

Perkara kedua pulak mengenai saluran sumbangan kepada frontliners. Jika kita perhatikan betul-betul, permintaan ni pun agak kabur jugak sebab kerajaan memang dah beri banyak perhatian kepada frontliners. Cadangan lebih spesifik harus diberikan, misalnya masalah tak cukup katil ke, masalah pengurusan organisasi frontliners ke… dua cadangan permintaan ni pun penting jugak. Di Sabah misalnya, masalah ni begitu jelas dan apabila disuarakan ke Parlimen, mencalit isu politik dan ‘takut mati’ kepada sorang penjawat awam dan bukan pulak kepada Menteri Kesihatan.

Manakala perkara ketiga menyentuh isu moratorium. Moratorium jelas dah banyak bantu ringankan beban rakyat untuk sementara waktu, lagi-lagi untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan utama. Najib Razak pada November lalu dah sarankan agar kerajaan lanjutkan lagi moratorium automatik. Dalam Belanjawan 2021, ada dua pilihan moratorium diberikan kepada rakyat, iaitu nak tangguh ansuran bulanan atau kurangkan ansuran bulanan 50% selama 6 bulan.

Pinjam Moratorium
Via Berita Harian
Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mempersoalkan pelanggaran SOP ni dalam kalangan menteri secara terbuka. Takde kompaun dan tindakan diambil untuk YB-YB ni, sedangkan penjawat awam yang biasa pun dikatakan akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar SOP yang digariskan. YB Rina, yang didapati positif COVID-19 tu pun dikatakan sempat hadir lagi dalam acara rasmi. Double-standard betul…
Kemudian yang terakhir – ni cadangan yang baik dan relevan untuk situasi pendidikan waktu ni. Memandangkan tak semua ada peranti dan data internet yang baik, maka kerajaan kena sediakan insentif atau inisiatif agar membolehkan lebih ramai pelajar dapat meneruskan aktiviti pembelajaran dalam talian. Kelas online tentunya mempunyai cabaran tersendiri, namun ketiadaan peranti tu tak boleh lagi disebut sebagai cabaran. Ia adalah halangan kepada akses pendidikan yang sepatutnya mereka perolehi.
B40 Juta Peranti Data
Inisiatif sebegini harus dirancakkan dan diperluas lagi… Via Semakan Online

Isu kesihatan awam adalah kepentingan bersama, jangan harap orang akan hormat kerajaan jika kerajaan terus memperlekeh rakyat

Bunyinya macam kasar, tapi ni senada dengan luahan rakyat Malaysia. Kerajaan perlu menangani kritikan dan terbuka menerima teguran khususnya apabila ia dilihat boleh memberi peluang untuk kita menang dalam peperangan menentang COVID-19. Sekadar berharap vaksin pun diketahui umum masih tak cukup, begitu jugak dengan kompaun yang lebih tinggi harganya dan peringatan berterusan.

Dahlah double-standard dari segi penguatkuasaan, menteri dan VVIP hidup je bayar RM1,000 tu. Bayangkan untuk B40, tu umpama 80% dari gaji mereka tau. Jelasnya kita lihat bahawa ada sesetengah benda yang kerajaan sekarang ni sendiri tak berkuasa ke atasnya, macam menghukum orang politik yang suka hati tak beringat dan kebal dari kompaun. Banyak lagi yang kerajaan perlu perbaiki, terutamanya dari segi polisi ekonomi rakyat sekarang ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *