Sedang kita dalam kemelut politik baru-baru ni, negara-negara seluruh dunia pula kini bergelut dengan peningkatan kes COVID-19. Tak dinafikan, negara kita pun sebenarnya terkesan dengan COVID-19 ni namun disebabkan kecekapan tenaga staf kesihatan dan Kementerian Kesihatan dulu, ia masih terkawal lagi kat negara kita. Rakyat Jepun pun puji keberkesanan kerajaan menangani penyakit COVID.
Sekarang ni, ada satu lagi benda yang kami rasa rakyat negara lain akan cemburu tengok. Mungkin korang sendiri pun tak perasan pun kewujudannya sehinggalah korang masuk ke dalam perkarangan hospital. Ye lah, benda macam ni selalu tak diendahkan masyarakat sampailah ia diperlukan ketika sakit.
Mysalam, PeKa B40 perlindungan lengkap rakyat kurang berkemampuan…
Tak pernah dengar? Takpe, sekarang ni lah masanya kami kongsikan kat korang. Benda ni penting untuk diketahui agar boleh mudahkan korang ataupun keluarga korang memanfaatkan sepenuhnya perlindungan-perlindungan kesihatan yang dah diperuntukkan dari kerajaan.
PeKa B40 ni adalah skim perlindungan dari kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Mereka yang tergolong dalam kriteria di atas akan terima manfaat PeKa B40 secara automatik. Antara manfaatnya adalah rawatan korang adalah percuma, termasuklah dengan bantuan alat perubatan yang terpilih. Memandangkan fokus tersebut adalah untuk pesakit NCD, kanser pun termasuk jugak dalam kategori tersebut.
Satu bonus lagi untuk penerima PeKa B40 adalah jika mereka disahkan ada kanser dan perlu rawatan kat hospital, maka kerajaan akan beri insentif kewangan untuk mana-mana pesakit kanser yang habis rawatan kanser tu. Yang penting adalah penerima tersebut masih hidup dan disahkan bahawa pesakit dah akur dan mengikuti rawatan sebagaimana yang dah ditetapkan oleh pihak hospital.
Lebih menarik lagi, ni turut menguntungkan para penduduk yang tinggal di pedalaman ataupun ada kesukaran dari segi tambang pengangkutan. Manfaat keempat yang dijanjikan dalam PeKa B40 ni bantu mereka lengkapkan rawatan mereka dengan insentif tambang pengangkutan.
Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital ye. Setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital/ rumah, kerajaan akan tanggung tambang pengangkutan para pesakit sehinggalah had maksimum sebanyak RM500 (Semenanjung) atau RM1000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap penyakit.
MySalam ni pulak untuk para pesakit yang alami 45 penyakit kronik, termasuklah COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia. Lebih kurang sama seperti PeKa B40, ia disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dalam bentuk skim takaful perlindungan kesihatan percuma.
Namun begitu, kerajaan hanya akan bayar sejumlah wang secara one-off je dan terbuka untuk golongan M40 (khususnya yang tak layak terima BSH). Memandangkan inisiatif ni merupakan kerjasama dengan syarikat insurans besar seperti Great Eastern Takaful Berhad, kerajaan janji tak ‘jual’ data rakyat kepada syarikat insurans ni sebab skim ni milik kerajaan. Data peribadi ni penting ye, dan dilindungi undang-undang negara. Tak caya, kami dah bongkarkan benda ni dulu.
Kami lihat kedua-dua skim perlindungan kesihatan ni sebagai satu langkah nak perkenalkan penjagaan kebajikan rakyat yang lebih baik, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah. Untuk penerima BSH, korang boleh guna PeKa B40 atau nak terima manfaat Mysalam manakala untuk golongan M40 yang tak layak dapat PeKa B40, Mysalam tu masih terbuka untuk korang.
Dr. Dzulkefly antara menteri terbaik, kepimpinan Menteri seterusnya harus lebih cemerlang…
Hayat PH sebagai kerajaan yang dipilih rakyat mungkin tak lama, tapi jasa dan nama para menteri PH dulu tersemat di dada rakyat. Bukan kami je yang rasa macam tu… portal lain seperti Lobakmerah pun cakap benda yang sama. Lima nama bekas menteri ni dipilih oleh warganet sebagai menteri terbaik sepanjang pentadbiran PH, antaranya adalah Dr. Dzulkefly sendiri, Yeoh Bee Yin, Hannah Yeoh, Gobind Singh Deo dan Anthony Loke.
The Rakyat Post pula menyenaraikan lima sumbangan terbesarnya pada penjagaan kesihatan rakyat. Antaranya adalah tindakan pantas Kementerian di bawah pimpinannya menangani COVID, larangan merokok walaupun perkara tu dicabar kat mahkamah oleh “persatuan hak perokok”, program PeKa B40 ni dan kempen kesihatan mental.
Kami puji bekas menteri ni bukan kerana kami dibayar DAP ke apa… kami puji kerana mereka memang layak dipuji. Prestasi Dr. Dzulkefly boleh dikatakan dah berbekas kat hati rakyat, lantaran kecekapannya menguruskan hal ehwal kesihatan rakyat dan kebajikan staf kesihatan. Dia jugak antara menteri yang bising pasal pemansuhan elaun kritikal dulu, hingga berjaya ditunda sebelum menjelangnya 2020.
Lepas ni kami harap mana-mana bakal menteri yang menerima tanggungjawab Menteri Kesihatan nanti supaya terus mengekalkan kecekapan Kementerian Kesihatan, terutamanya dengan ancaman COVID ni. Sementara tu, korang pun kenalah jaga kesihatan dan kebersihan diri khususnya bila korang ada sejarah ke luar negara beberapa bulan ni. Boleh rujuk video seminit kat bawah ni: