Wujudnya mutasi super spreader, negara-negara besar pulak tengah berlumba buat vaksin

Spa Kk

Sebelum ni kami dah pernah kupas pasal kluster Sivagangga, dan mutasi COVID-19 yang mengikut ujian kita membuktikan bahawa ia adalah sejenis super spreader, dimana ia berpotensi tersebar lebih cepat dan lebih luas. Keadaan ni tentulah menggusarkan kita. Sebabnya, setakat ni, belum ada lagi negara yang betul-betul berani nak kata mereka bebas dari jangkitan pandemik tu.

Perkembangan khabar mutasi ni jugak membuatkan kami terus tertanya-tanya mengenai perkembangan terbaharu usaha cipta vaksin untuk melawan COVID-19. Agaknya sempat tak wujud vaksin ni sebelum wujud lebih teruk mutasi virus pandemik tu? Ia satu soalan yang menarik untuk dikupas.

Vaccine Shot
Via SCMP

Kajian vaksin sedia ada mungkin belum rangkumi mutasi super spreader yang ditemui, penjarakan fizikal masih perlu

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 16 Ogos lalu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dah kesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap 3 kes daripada kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga dan satu kes daripada kluster Ulu Tiram. Oleh sebab kepantasan pihak kita mengawal situasi jangkitan kluster tersebut, kita dapat menghentikan mutasi tersebut dari terus merebak lebih teruk.

Susulan kluster Sivagangga tu, lebih dari 100 penduduk dan pemilik kedai dah kemukakan saman ke atas pemilik restoran nasi kandar tersebut dengan jumlah sebanyak RM1 juta. Pemilik tersebut dikatakan menjadi punca penularan kluster Sivagangga selepas melanggar arahan kuarantin, dan premisnya turut langgar SOP yang telah digariskan oleh kerajaan. Setakat ni, dia dah dihukum denda sebanyak RM12,000 serta penjara 5 bulan.

Restoran Salleh
Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh tular lepas kluster Sivagangga dikesan.. Via HarakahDaily

Dr. Noorhisham tak menolak kemungkinan bahawa kajian vaksin sedia ada belum merangkumi mutasi D614G ni, maka amalan menjaga kebersihan diri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal masih lagi perlu sebagai langkah pencegahan yang paling baik.

Mengikut sebuah artikel yang disiarkan India Times mengenai D614G, mutasi virus tersebut bukanlah suatu yang pelik malah ia sudahpun dikesan lebih awal iaitu pada Februari lalu di Eropah. Sekarang ni kita kena faham, virus COVID-19 ni boleh bermacam jenis strainnya, walaupun D614G dikatakan sebagai strain yang paling utama dijumpai di seluruh dunia berbanding strain Wuhan sebelum ni.

Wuhan Covid Sign
Via DW

Perlumbaan cipta vaksin semakin sengit, tiga negara kini bersaing untuk menjadi negara pertama menghasilkan vaksin COVID-19

Heboh satu dunia apabila ada khabar angin menyatakan Rusia kini menjadi negara pertama yang melaporkan telah berjaya mencipta vaksin yang dikatakan dapat menyelesaikan krisis pandemik seluruh dunia ni. Vaksin tersebut diberi nama Sputnik-V, asalnya dinamakan sebagai Gam-COVID-Vac.

Ia dibangunkan oleh Gamaleya Research Institute in Moscow, dan sudah disokong oleh Kementerian Kesihatan Rusia pada 11 Ogos lalu. Walaupun begitu, masih ramai yang mempertikai keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut kerana ia dikatakan belum lulus pun ujian klinikal fasa 3. Akan tetapi, Malaysia tetap terus memerhatikan dan menilai sendiri kesesuaiannya untuk digunakan dalam negara kita.

Virus Outbreak Russia Vaccine
Vaksin dari Rusia ni dikatakan sudah dipesan oleh Vietnam. Via The Indian Express

Duta Rusia di Malaysia, Naiyl M. Latypov mengesahkan beberapa negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia sendiri ada menyatakan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembangunan vaksin tersebut. Hal ni lebih kurang sama jugak dengan bagaimana kita tak berhenti daripada terus menilai dan meneliti kit ujian dari Korea Selatan dan China pada awal tahun lalu.

China jugak sudah meluluskan satu lagi vaksin yang telah dipatenkan oleh Republik China. Semasa artikel ni ditulis, vaksin tersebut belum lagi mempunyai nama komersialnya kerana seperti Rusia, ia masih lagi belum lulus ujian klinikal fasa tiga. Pembangun vaksin tersebut iaitu CanSino Biologics Inc tampak yakin dengan keberkesanan vaksin tersebut apabila ujian klinikal fasa tiganya dicadangkan akan dilaksanakan di Rusia, Chile dan Brazil.

Vaksin Cansino
Setakat ni, hanya digelar sebagai vaksin CanSino.. Via American Chemical Society

Satu lagi negara yang begitu ‘menonjol’ dalam sejarah 2020 ni, Amerika Syarikat jugak mengupayakan lebih dari 18 syarikat biofarmaseutikal dalam sebuah operasi khas, Operation Warp Speed (OWS). Setakat ni, ada tiga pilihan vaksin yang mempunyai harapan cerah iaitu Moderna mRNA-1273, AZD1222 dari Universiti Oxford-AstraZeneca, BNT162 dari Pfizer dan BioNTech.

Ketika ni, belum ada lagi yang lulus di bawah kawalan FDA kerana vaksin tersebut kenalah menunjukkan keberkesanan lebih sebanyak 50% melawan COVID-19 dalam ujian ke atas manusia pulak. Agak-agak negara mana yang bakal memenangi perlumbaan ni, ikut firasat korang?

Perkembangan vaksin ni sudah pastinya ditunggu ramai, tetapi berita ni tak seharusnya menjadikan kita kembali leka serta tak mematuhi arahan serta polisi kesihatan awam yang telah dikuatkuasakan atau yang bakal dikuatkuasakan selagimana tempoh norma baharu kena dipatuhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *