Azeez akui yang dia pernah terima dana dari UMNO untuk Yayasan Tabung Haji

F1
Azeez akui yang dia pernah terima dana dari UMNO untuk Yayasan Tabung Haji

Pada Jumaat lepas, berlangsung debat di antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. Debat ni berlaku di pentas Berani Semuka yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15. Diorang menyentuh isu mengenai kedudukan TH terutama penjualan beberapa aset di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sebenarnya debat macam ni baik, kita boleh lihat pandangan dua pihak yang berlainan dalam satu-satu isu tu.

Pada tahun 2017, Azeez akui yang dia ada ambik dana dari UMNO untuk Yayasan Tabung Haji

Bekas ketua Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim akui dia langgar undang-undang ketika ambik wang dari Umno untuk dimasukkan ke dalam Yayasan Tabung Haji ketika jadi Pengerusi TH, kata Datuk Mujahid Yusof Rawa. Semasa perbahasan yang dianjurkan oleh Sinar Harian tu, Azeez cuba jawab persoalan mengenai beberapa laporan polis terhadapnya kerana rasuah dan isu pertukaran wang asing. Selain tu, ada jugak laporan polis yang dibuat oleh pengurusan TH terhadap Azeez kerana gunakan wang TH untuk urusan parti politiknya pada tahun 2017.

Azeez kata – setiap tahun TH akan berikan zakat dan sedekah kepada mereka yang memerlukan, tetapi penurunan harga minyak sawit dan getah pada tahun 2017 menyukarkan amalan ini diteruskan. Ketika itulah Azeez kata dia menerima RM7 juta dari Umno untuk dimasukkan ke Yayasan Tabung Haji, dan diberikan kepada orang miskin pada bulan Ramadan.

“Itulah masalah asas di sini. Azeez mengatakan bahawa dia menerima wang dari Umno untuk dimasukkan ke Yayasan Tabung Haji. Dia tidak boleh berbuat demikian. Saya ingin memberitahu semua orang di sini bahawa Yayasan tidak dapat mengambil wang dari parti politik dan dia hanya mengakui bahawa dia telah mengambil RM7 juta. Mereka tidak dibenarkan mengambil derma, jadi terima kasih telah mengesahkannya,” – Mujahid, seperti yang dilaporkan ProjekMM

Sabah Kk
Via Astro Awani

Azeez dan Umno, terutamanya ketua pemudanya dan bekas timbalan menteri yang mengurus dana Tabung Haji, Asyraf Wajdi Dusuki, telah bangkitkan isu Tabung Haji di dalam dan di luar Parlimen beberapa kali. Antara dakwaan yang diorang selalu lakukan adalah Tabung Haji di bawah jagaan Mujahid dah menjual empat hotel kepada sebuah syarikat, iaitu Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB), yang menyebabkan lebih dari 600 pekerja kehilangan pekerjaan pada tahun 2019.

Mujahid pada bulan Februari tahun ini menjelaskan bahawa tidak benar bahawa bangunan-bangunan itu dijual, kerana mereka adalah sebahagian dari aset TH yang dipindahkan ke UJSB, yang akan diselia oleh Kementerian Kewangan.

Mujahid kata Azeez sengaja je guna isu perkauman dan kata Tabung Haji dimiliki oleh orang Cina

Selain tu, Mujahid turut mengecam Azeez kerana menjadikan salah urus dana tabung haji umat Islam sebagai sebuah masalah perkauman. Dalam debat diorang, Mujahid kemukakan masalah yang telah ditimbulkan oleh Azeez, apabila menyalahkan mantan menteri kewangan Lim Guan Eng kerana kononnya mencampuri urusan kewangan TH semasa pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Sabah Kk
Antara orang yang main share je. Via The Reporter

Kata Mujahid, semua ni semua adalah pembohongan oleh Azeez untuk memperbodohkan rakyat. Azeez dikatakan nak naratifnya bahawa Lim adalah orang Cina yang mengambil alih TH ketika dia menandatangani dokumen. Benda ni memang terbukti terjadi, apabila ada orang beranggapan Tabung Haji dah dimiliki oleh “orang Cina” kerana ia melibatkan Kementerian Kewangan.

Bukan setakat tu je, Azeez mendakwa TH di bawah pentadbiran PH dah menjual empat hotel dana itu kepada sebuah syarikat, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) dan perjanjian tersebut ditandatangani oleh Lim sebagai menteri kewangan. Azeez juga kata takde jaminan kerajaan di bawah kerajaan PH untuk saham TH. Mujahid jelaskan bahawa hotel dan aset lain dijual kerana tak hasilkan keuntungan – dengan keempat-empat hotel itu hanya memperoleh keuntungan 1.7 peratus dan mengeluarkan dana TH.

Mujahid kata ada tiga kementerian yang terlibat dalam menyusun semula kewangan TH iaitu Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

“Tidak hairanlah, Azeez tidak pernah mengangkat nama Datuk Seri Azmin Ali, yang merupakan menteri hal ehwal ekonomi yang juga terlibat dalam urusan TH. Belum lagi pejabat perdana menteri. Kenapa? Oleh kerana kedua-duanya adalah Melayu-Islam sedangkan Lim adalah orang Cina, jadi mari kita salahkan dia? Izinkan saya mengingatkan semua orang bahawa Lim bukanlah orang yang membuat keputusan akhir, Kabinet yang majoritinya adalah Melayu-Islam. Jadi hentikan permainan politik ini,” – Mujahid, seperti yang dilaporkan ProjekMM

Seperti yang kami pernah tulis beberapa minggu lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan dalam jawapan bertulis Parlimen bahawa aset Lembaga Tabung Haji tak dijual kepada syarikat bukan Islam dan TH tidak dikendalikan oleh orang bukan Islam.

Permainan perkauman boleh menyebabkan kita kabur dengan fakta yang sebenar, sebab itu sikap suka mencari maklumat tu penting

Propaganda seperti Tabung Haji telah dikuasai oleh orang bukan Islam macam baru je semalam kita dengar, terutamanya ketika Pakatan Harapan jadi kerajaan dulu. Macam yang si Mujahid kata ni, Azeez dan pasukannya sengaja je guna sentimen perkauman untuk elakkan fakta sebenar – keadaan Tabung Haji tak diurus dengan baik dan langgar undang-undang dengan ambik dana dari parti politik. Oleh sebab itu, tak kisahlah anda sokong parti mana, sikap semak dan cari kebenaran berita tu sangat penting.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top