BN menang lagi PRN Johor, pembangkang sebenarnya yang tengah berpecah

undi bnmenangprn
BN menang lagi PRN Johor, pembangkang sebenarnya yang tengah berpecah

Sekali lagi, PRN Johor menutup tirainya dengan keputusan BN menang 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. Bagi pandangan ramai, ni bukanlah suatu perkara yang mengejutkan lantaran tindakan strategik BN dalam isu Muafakat Nasional tu sendiri menampakkan keyakinan diorang untuk bentuk majoriti mudah. Ada jugak yang tengok, pembangkang sebenarnya kehilangan rentak hingga menyebabkan BN dapat kuasai semula kerusi dalam pilihan raya negeri. Kalau tak diperbetulkan arahnya, boleh jadi waktu PRU15 pun… BN akan dapat semula mandat mentadbir negara.

Sebenarnya dari satu sisi, kita dapat lihat bagaimana barisan pembangkang pun bertembung antara satu sama lain. Di Larkin dulu misalnya, wujud sedikit perselisihan dan ketidakpuashatian antara AMK dan Muda. Kewujudan Warisan yang mencuba nasib di Johor, selain kemunculan beberapa parti baharu seperti Pejuang dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) inilah yang disebutkan sebagai perpecahan dan kehilangan arah pembangkang di Malaysia.

prn johor
VIa Utusan Digital

Pejuang kata rakyat tak kenal logo jadi punca kekalahan, tapi Muda berjaya menang 1 kerusi

Keputusan yang memihak kepada BN tu rasanya kita dah tak perlu nak sebut lagi. Kali ni, kami nak sentuh sikit pasal prestasi pembangkang pulak dalam PRN Johor ni. Sebelum ni, blok pembangkang dahpun menerima kritikan yang hebat selepas kekalahan diorang dalam PRN Melaka. James Chin, penganalisis politik terkemuka antaranya pernah kata bahawa PKR ‘terdesak’ untuk menang sebanyak mana kerusi yang boleh di Johor. Ni menyebabkan PKR dikatakan beri kerusi mudah menang kepada Muda dalam PRN Johor.

Mungkin ada kebenaranya dalam ramalan James Chin tu. Satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh Muda adalah di Puteri Wangsa. Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis dilaporkan pernah luahkan rasa tak puas hati atas keputusan Amanah memberikan kerusi Puteri Wangsa kepada Muda.

“Amanah gadai Puteri Wangsa kepada Muda. Saya cuba berlapang dada apabila kerusi ini diberikan kepada Amanah atas kesepakatan rakan lama dalam Pakatan Harapan (PH). Saya sudah siapkan jentera-jentera untuk calon Amanah, tapi Amanah dengan mudah berikan kerusi ini kepada Muda?”- menerusi ciapan Twitter, seperti yang dilaporkan Mykmu.net

napsiah amira
Dari kiri: Napsiah dan Amira.. -Via Cari Infonet..

Untuk pengetahuan korang, Napsiah Khamis memang agak popular dalam kalangan warga penduduk Puteri Wangsa. Usaha Napsiah tak dinafikan oleh penyandang kerusi Puteri Wangsa, Amira Aisya.

“Saya amat menghormati semua rakan dalam parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang merupakan kawan-kawan dalam PRN negeri Johor. Saya juga menghormati Napsiah yang telah melakukan banyak kerja-kerja baik di kawasan Puteri Wangsa. Namun begitu saya telah diamanahkan untuk membawa nama Muda dan juga nama ‘our partners’ (rakan kita) di DUN Puteri Wangsa.

Saya pasti Napsiah juga seorang yang sangat senior dalam politik dan beliau juga memahami amanah tersebut. Ia tidak akan mengganggu gerak kerja saya di sini dan pastikan gerak kerja diperkemas,”- seperti yang dilaporkan Sinar Harian

muda amira aisya syed saddiq 14022022
Via Malay Mail

Cukup dahulu tentang Muda dan PKR. Bagi kami, prestasi Muda dah cukup baik jika nak dibandingkan dengan beberapa parti baharu yang dipelopori oleh nama-nama yang lebih besar, berpengalaman dan ‘otai’ dalam politik. Walaupun kalah dalam 6 lagi kerusi, Muda tak hilang deposit. Berbeza kisahnya dengan Pejuang…

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir kata, logo parti Pejuang yang kurang dikenali tu menjadi salah satu sebab mengapa diorang kalah dalam PRN Johor. Selain tu, peratusan keluar mengundi yang rendah jugak turut menjadi faktor.  Walaupun begitu, dia mengaku jugak masih ada kelemahan di pihak Pejuang yang perlu diperbaiki.

Pejuang bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN dan hilang wang deposit di semua kerusi yang diorang tandingi. Peserta lain, Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) jugak turut kehilangan wang deposit. Dahulunya, Dr. Mahathir yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohammad pernah gambarkan partinya sebagai kuasa ketiga dan ‘kingmaker’.

pejuang kingmaker
Suatu masa lalu.. tangkap layar dari artikel Sinar Harian

Susulan tu, diorang enggan bekerjasama dengan parti pembangkang lain. Bertanding solo tu tak dilihat sebagai satu kesilapan. Selepas kegagalan diorang dalam PRN Johor ni, diorang masih akan terus berkhidmat sebagai kuasa semak dan imbang. Calon yang tewas di Semerah, Mahdzir Ibrahim mengulas kekuatan Pejuang – realiti Pejuang sebenarnya adalah untuk bersedia ke arah PRU15.

Pepatah “pembangkang berpecah pembangkang tewas” ternyata benar, undi pembangkang pecah

Calon Semerah, Mahdzir Ibrahim mengulas lagi.. belum pernah ada mana-mana parti politik pembangkang yang mampu bertarung dan menyaingi lawan yang besar dan gagah secara bersendirian dalam pilihan raya. Ni kebenaran pahit yang perlu kita faham – oleh kerana itulah pakatan parti politik amat penting.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berpendapat keputusan PRN Johor baru-baru ni hanya menunjukkan perpecahan ketara blok pembangkang. BN takdelah kuat mana, tetapi perpecahan pembangkang itulah yang membuatkan ramai tertarik kembali dengan BN. Justeru, Mat Sabu kata keputusan ni wajar dijadikan pengajaran supaya pembangkang ‘kembali bertaut’ dan bersama susun strategi nak hadapi PRU15.

mat sabu
Via Sumberkini

PH meraih kemenangan di 12 kerusi, diikuti dengan Perikatan Nasional (PN) pulak dengan 3 kerusi. Seperti yang dijangka, faktor utama keputusan tersebut adalah peratusan keluar mengundi yang begitu rendah khususnya di kawasan para penduduk bandar dalam kalangan orang Tionghoa. Faktor ni menyebabkan kawasan campuran yang menjadi tapak kekuatan PH dulu alami kekalahan.

“Faktor kedua, yang paling besar sekali adalah perpecahan pembangkang. Keputusan PRN Johor menunjukkan dengan jelas bahawa, jumlah undi yang diperolehi oleh pembangkang, melebihi 200,000 undi, jika dibandingkan dengan BN. Jumlah undi sebanyak 200,000 ribu tersebut, jika dibahagi kepada 56 DUN secara purata, hampir 4,000 jumlah undi pembangkang mengatasi BN,” – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Pendapat Mat Sabu dipersetuju wartawan lejen negara, A. Kadir Jasin. Pada 14 Februari lalu, dia kata kalau UMNO menang PRN Johor… ia bukanlah disebabkan UMNO kuat malah sebaliknya akibat pembangkang tu sendiri berpecah.

pembangkang 1
Via Malaysiakini

“Parti-parti yang menentang Umno banyak dan rakyat jelata jelata yang mahukan perubahan pun ramai tetapi mereka lebih berpecah belah sekarang daripada ketika PRN Melaka. PH terbahagi dua kerana PKR hendak guna lambang sendiri. Tinggallah DAP dan Amanah memakai lambang Pakatan Harapan (PH).

Pengundi akan keliru dan kurang yakin dengan sikap mementingkan diri ini. Maka atas sebab-sebab inilah, Umno nampak mempunyai kelebihan,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Tentang Bersatu dan PAS pulak, Kadir Jasin rasa diorang ni lemah sebenarnya. Bersatu menang di Johor dulu pun kerana kekuatan bersama PH. Sama ada PAS buat kesilapan berpakat dengan Bersatu, ataupun salah percaturan ‘menguburkan’ Muafakat Nasional – ni bergantung pada tekad dan strategi PAS untuk kekal relevan dalam kelangsungan diorang dalam pilihan raya.

“Nampak-nampaknya, Bersatu bolehlah bersiap sedia untuk menendang dirinya sendiri kerana telah ditipu bulat-bulat oleh Umno dan feksyen (kem berpihak) Mohamed Azmin Ali untuk melakukan tindakan politik paling bodoh dengan menjadi alat “Langkah Sheraton” dua tahun lalu.

Presidennya sendiri, Muhyiddin Yassin telah memberi isyarat “surrender” (menyerah) apabila pada 25 Januari lalu dia berkata tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir. Ia akan menang jika undi tradisionalnya kekal manakala undi pembangkang pecah. Di Melaka BN hanya mendapat 38.4 peratus undi untuk menang kerana pecah undi ini,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

kadirjasin
Kadir Jasin.. -Via Focusmalaysia.my

Dapatlah kita rumuskan, blok pembangkang perlu fikirkan semula strategi dan usaha nak pulihkan semula kekuatan pembangkang. Memang benar, UMNO-BN jugak takdelah kuat mana disebabkan beberapa pemimpin tertingginya sendiri banyak terjerumus dengan dakwaan jenayah. Najib Razak yang disabitkan salah dalam kes 1MDB pun masih lagi ‘terlindung’ daripada hukuman. Ini secara tak langsung tetap menghakis keyakinan ramai terhadap BN sebagai parti yang berintegriti.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top