Pegawai Najib maki wartawan kerana tangkap gambar Najib langgar SOP, ini perkembangan selanjutnya

najib maki

Proses kempen untuk PRN Johor dah bermula, dengan turun padangnya tokoh-tokoh utama parti yang bertanding kali ni. Najib Razak yang sebelum ni dah bergelumang dengan kes mahkamah ni turut turun padang menyokong calon-calon BN. Proses berkempen ni biasalah, mesti ada ramai wartawan lagi-lagi bila ada pemimpin utama dah keluar.

Walau bagaimanapun, takde alasan untuk kita berkasar dengan wartawan. Mengasari dan maki sesiapapun lagi-lagi secara terbuka termasuk wartawan bukanlah suatu perbuatan yang manis dipandang, didengari dan terpuji. Namun tu lah yang terjadi di Tangkak beberapa hari lalu. Sorang pegawai Najib maki wartawan sebab ambil gambar diorang. Ni cerita dari perspektif saksi…

najibrazak
Via Malaysiakini

Saksi nampak Najib dan Ong bakal disaman kerana langgar SOP, wartawan ditengking minta padam gambar kejadian

Kejadian tersebut dikatakan berlaku semasa Najib Razak tengah iringi calon Tangkak dari BN/MCA Ong Chee Siang yang tengah berkempen di Pusat Penjaja Tangkak Jaya. Sorang saksi memaklumkan, kejadian tu berlaku semasa Najib dan Ong sedang menjamu selera di sana. Kebetulan, sepasukan anggota pegawai dari jabatan kesihatan dah cuba dekati rombongan Najib.

Sorang anggota rombongan iaitu pegawai khas Najib, Ahmad Lufti Azhar pulak menghampiri pegawai kesihatan tu. Pada masa yang sama, wartawan yang buat liputan tentang kempen BN di sana mulai ambil gambar. Ye lah, tu dah kerja diorang sebagai petugas media untuk lapor hal ehwal PRN. Dipetik dari saksi:

“Apabila (Lutfi) menyedari seseorang sedang mengambil gambar, dia menghampiri seorang wanita yang mempunyai bukti bahawa dia adalah petugas media, dan memintanya memadamkan gambar yang diambil itu. Saya dengar wanita itu enggan berbuat demikian dan sebaliknya bertanyakan identiti individu tersebut. (Individu berbaju hijau itu) menjawab bahawa dia adalah pegawai Najib dan berulang kali berkata ‘Najib bos saya’.

Terjadi pertikaman lidah antara mereka dan lelaki itu mencarut terhadap wanita berkenaan. Malah, dia mendekatkan dirinya ke arah wanita itu. Dia sangat bongkak. Wartawan itu meminta lelaki tersebut supaya menjarakkan diri. Tetapi lelaki itu berulang kali membalas dengan carutan.(Pertengkaran) berakhir dengan kedua-duanya membuat panggilan telefon,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

najib maki
Via Agenda Daily

Saksi ni pun dilaporkan turut berada di lokasi untuk ambil gambar. Namun begitu, dia berhenti nak sambung ambil gambar di lokasi sebab takut selepas melihat keberangan pegawai Najib tu. Kemudiannya, saksi tu dekati pegawai jabatan kesihatan tersebut dan mendapati diroang cuba keluarkan denda kepada Najib atas kesalahan langgar SOP.

“Lelaki berbaju hijau itu tidak patut membuat kecoh dengan menghalang wartawan itu dan memakinya. Jika Najib melanggar protokol Covid-19, mengapa melindunginya? Ini sudah melampau kerana menggunakan perkataan sedemikian (mencarut) kepada media. Mungkin dia berasa tidak puas hati, tapi dia tidak sepatutnya buat macam itu,” – seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Kenyataan ni turut disahkan oleh beberapa individu lain yang hadir di lokasi pada waktu kejadian. Dalam satu kenyataan pada hari yang sama, pegawai tersebut iaitu dikenali ringkas sebagai Lutfi mengaku salah dalam tindakannya menuntut wartawan tersebut padam gambarnya. Dia jugak nak mohon maaf dan sanggup tawarkan gaji sebulannya dipotong.

lutfi azhar
Ni lah pegawai tersebut… – Via Twitter

Lutfi mengaku ia cuma ‘salah faham’ dan pendekatannya ‘tegas tetapi tak kesat’, mungkin kerana keletihan

Kami dah cerita dari pengalaman saksi. Dari tuan empunya badan pulak, dia dah buat permohonan maaf dan tawarkan gaji bulan ni ditolak selepas mengakui ada bertengkar dengan sorang wartawan. Ni berlaku selepas pegawai tu didakwa memarahi wartawan terbabit kerana taknak padam gambar yang diambilnya. Dia jugak didakwa guna perkataan kesat dan merapatkan mukanya kepada wartawan tersebut.

Bagi Lutfi, ni semua sekadar suatu ‘salah faham’ dan mendakwa pendekatannya tu sebenarnya ‘tegas tetapi tidak kesat’. Walaupun begitu, dia mengakui tindakannya menuntut pengamal media tu padamkan gambarnya memang salah.

“Saya dengan tulus ikhlas memohon maaf atas salah faham dan jika saya nampak seolah-olah menyinggung perasaan. Saya tegas tetapi tidak kesat, bagaimanapun saya tahu saya salah kerana saya tidak sepatutnya meminta media memadamkan gambar walaupun dia mengambil gambar saya – dan bukan Najib.

Sangat tidak biasa bagi saya untuk bertindak seperti ini tetapi mungkin ia adalah kerana situasi tegang dan keletihan di jalan raya,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Tambah Lufti, Najib tak sedar mengenai kejadian tersebut. Namun selepas dimaklumkan, Najib dah tegur Lutfi dengan berkata: “Ini bukan cara kita dan kita harus sentiasa bertindak dengan sopan dan tidak terlalu tegas.” Pesanan Najib ni kami harapkan, akan terus tersemat dalam minda pegawai iringan Najib ni.

Bagi kami, takde salah nak tegur baik-baik dan secara berhemah. Menurut cerita saksi tadi, ia memberi gambaran bahawa petugas media terbabit dimarahi kerana merakamkan Najib dikompaun lalu pegawai ni cuma ‘melindungi’ bosnya dari dikecam ramai. Bagi pegawai tu pulak, dia hanya akui benda tu memang berlaku dan dia rasa gambarnya pun turut ada sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *