Pelaksanaan Undi18 ditangguh, Hadi Awang kata anak muda tak matang lagi…

f1

Demonstrasi, kempen dan tanda pagar… macam-macam dah cara yang orang muda lakukan demi memastikan kerajaan cakap serupa bikin. Baru-baru ni, demonstrasi Undi 18 nampaknya dah tekan kerajaan sehinggakan ramai jugak menteri yang beri respon masing-masing kecuali Kementerian yang sepatutnya beri respon pasal isu tersebut. Desakan anak muda yang sokong Undi 18 ni pun ada asasnya, meskipun kerapkali dinafikan rasional untuk diberikan hak mengundi tu kepada diaorang.

728 X 90

Tak cukup dengan tu, ramai jugak orang masih salah faham dan melihat Undi18 ni hanyalah gerakan politik semata-mata. Hanya kerana ia nampak lantang dan dapat sokongan ramai, tak bermakna sesebuah idea tu mesti datang daripada parti-parti politik je. Yang pasti, agak jelas jugak bahawa perkembangan kerajaan untuk tunaikan hak tersebut memang perlahan… macam tak ikhlas nak buat pun ada jugak.

kembali undi 18
Via Berita Harian

Dapat kecaman ramai kerana tangguh laksana undi 18, Takiyuddin minta beri masa kepada SPR

Jika diikutkan tempoh pelaksanaan yang dijanjikan, sepatutnya dah siap menjelang Julai tahun 2021. Mengimbau kenyataan Takiyuddin Hassan merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) pada akhir tahun lalu, SPR dalam proses melakukan beberapa persiapan termasuklah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“SPR sedang bekerjasama dengan JPN melalui jawatankuasa Taskforce SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan dan menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai tahun lalu,”- Seperti yang dilaporkan Astro Awani.

tuntut undi 18
Anak muda ke jalanan untuk tuntut hak undi.. Via The Malaysian Reserve

SPR jugak dilaporkan sedang sediakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang berkaitan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem serta infrastruktur. Ni bermaksud beberapa idea baharu seperti sistem pendaftaran automatik turut dipertimbangkan untuk diimplementasikan kelak. Ni cerita gebang tahun lalu lah…

Lain pulak yang jadi pada tahun ni, iaitu tahun yang sepatutnya SPR dah sedia rangka apa yang perlu. SPR dilaporkan buat keputusan untuk tangguh pelaksanaan Undi 18 ni, dan keputusan tersebut disokong oleh PAS, MIC dan Bersatu sendiri. Melihatkan perkembangan ni jugak, ramai anggap kerajaan khususnya SPR tak serius nak betul-betul laksanakan undi 18 ni. Presiden PAS Abdul Hadi Awang kata;

“Kita setuju (penangguhan SPR berkaitan Undi18). Undi bergantung kepada kematangan, jangan undi 18 tahun sahaja, mestilah ada kematangan. Kita tidak boleh terpengaruh dengan Barat. Kematangan boleh berlaku pada usia 16 tahun, 18 tahun, 25 tahun pun ada. Orang (berusia) 40 tahun tidak matang lagi pun ada. Tetapi malangnya kita berpandukan kepada konsep demokrasi Barat, pada umur bukan kematangan,”- Seperti yang dilaporkan FMT

undi 18 kahwin 16 pas
Via Ekonomi Rakyat

Isu kematangan jugak diangkat sebagai tema utama PAS bersetuju dengan tindakan penangguhan Undi 18 oleh SPR. Berlainan pulak dengan komen SPR sendiri mengenai kelambatan proses tersebut, SPR dikatakan perlu diberi masa dan ruang untuk selesaikan pelbagai isu teknikal berkaitan dengan sistem pendaftaran undi automatik. Misalnya, isu alamat tak lengkap di pangkalan data menyukarkan SPR untuk melengkapkan pendaftaran pengundi.

Selain tu, SPR jugak memerlukan kerjasama semua negeri untuk pinda Perlembagaan Negeri untuk turunkan usia calon ADUN daripada 21 tahun menjadi 18 tahun. Sabah antara negeri awal yang dah buat macam tu, namun rupanya masih ada lagi negeri yang belum turunkan usia tersebut. Kalau tak turunkan, implementasi had umur yang mengikuti landasan prinsip Undi 18 takkan berjaya.

Undi 18 ni penting untuk negara, tapi ramai ingatkan budak 18 tahun masih mentah dan tak tau apa-apa

Kesedaran dan kematangan politik ni ditemani oleh ilmu dan pendidikan politik. Sekadar nak berhujah menolak Undi 18 dengan faktor umur je tak cukup. Mungkin masih ada lagi yang skeptikal dengan pengalaman, tenaga dan kekuatan minda generasi belia kita, tetapi apakah asas pandangan ni? Kalau nak dilihat, antara komen pertama yang menolak Undi 18 ni adalah belia 18 tahun ni ‘baru kenal hidup’ dan tak tau apa-apa.

sidang dewan rakyat
Via Berita Harian

Di masa PKP ni, kita bermesra lebih erat dengan alam digital. Kita dan Google dah boleh dikatakan berpisah tiada. Dengan kecanggihan dan keluasan ruang Internet ni, macam-macam kita boleh cari, belajar dan jumpa. Untuk pengetahuan korang, orang Malaysia sendiri bergantung banyak dengan Google khususnya untuk belajar benda baharu. Trend Google Search tahun lalu membuktikan hal ni.

Apa yang kita tau pada 18 tahun dulu, mungkin tak sama dah dengan kesedaran politik belia yang berusia 18 tahun pada tahun ni. Media Internet menjadi ruang alternatif baharu untuk berhujah dan memahami pelbagai perkara, termasuklah dalam isu politik. Matlamat ORANGKATA sendiri adalah untuk berkongsi maklumat kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bahasa santai yang ringkas dan mudah difahami tanpa mengira umur. Jadi, tak mustahil sorang belia 18 tahun jugak jadi pembaca setia kami dan faham banyak perkara menerusi pembacaan dan cariannya tersendiri.

Tambah lagi, dah banyak organisasi, gerakan dan program sosial yang mengetengahkan anak-anak muda berkaliber seperti Parlimen Digital tahun lalu. Pelaksanaan program sebeginilah yang patut diraikan dan terus mendapat perhatian awam… bukan sekadar nak pukul rata bahawa semua anak muda tak cakna politik dengan merujuk kepada tingkah laku sebahagian kecil belia di media sosial pulak.

Lagipun, anak muda dan generasi akan datang tentunya lebih sedar dan cakna tentang perkembangan dunia berbanding orang-orang dewasa dan tua yang dah stabil. Diaorang dah faham bahawa kalau diaorang tak jaga masa kini dan kepentingan masa depan diaorang, diaorang jugak yang rugi besar. Kerugian ni mungkin bukan kerugian generasi kita, tetapi ia melarat ke generasi seterusnya. Sekurangnya dengan Undi 18, kita memberikan diorang lebih banyak suara untuk mencorak negara yang maju ke hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *