Walaupun PAS tak diberikan kerusi, mereka akan tetap bertanding. Ini logiknya

F1

Apabila kita bercakap tentang koalisi politik, perkara yang kita tak boleh terlepas pandang adalah “kestabilan” yang ada pada koalisi parti politik tu. Seperti yang kami selalu tulis, masalah kerapuhan yang ada Pakatan Harapan menyebabkan koalisi yang berpotensi besar tu tumbang. Seperti pasangan kekasih, akan ada banyak ujian yang bakal dihadapi ketika melalui percintaan.

Keutuhan ikatan perkahwinan yang ada pada parti-parti politik akan diuji pada musim-musim pilihan raya. Pada ketika itu, komunikasi dan proses rundingan penting gila babi khinzir. Kalau ada pihak yang tak puas hati dengan proses rundingan tu, boleh jadi koalisi tu akan terbubar. Keadaan ini mungkin terjadi pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Pada awal minggu ini, PAS nyatakan hasrat terbuka untuk bertanding 10 kerusi DUN pada PRN Sabah

Beberapa hari lepas, Berita Harian laporkan PAS berhasrat nak bertanding 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Walaupun diorang tak pernah memenangi kerusi sebelum ni, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kata nama DUN yang bakal ditandingi parti tu akan diumumkan.

2
Via Berita Harian

“Sekitar 10 kerusi kita ‘angkat’ (kemuka) untuk bertanding, termasuk calon Muslimat PAS dan PAS biasanya bertanding di kerusi tradisi. Misalnya di Tawau dan Kalabakan. Apa yang penting Perikatan Nasional (PN) atas dasar Muafakat Nasional akan memastikan tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru yang jelas akan merugikan parti,” – Takiyuddin Hassan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dia jelaskan PAS sebagai parti yang dah lama bertapak di Sabah tak nak ketinggalan dalam ambil bahagian dalam pilihan raya. Tambahnya, isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti gabungan PN masih lagi dibincangkan dalam semangat muafakat. PN gabungkan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Barisan Nasional (BN), PAS, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kalaulah masa tu diorang tahu berapa kerusi yang diorang dapat. Via Giphy

Masa tu, ketika kami baca berita ni, kami dah skeptikal dengan jumlah kerusi yang akan diberikan kepada PAS. Sebabnya mudah je, PAS tak pernah pun menang di Sabah, dan tambahan lagi – ada banyak parti yang ada di bawah payung PN. Cuma jangkaan kami tu takdelah sampai tahap PAS tak dapat apa-apa kerusi, kejam sangat tu. Kami agak, diorang akan dapat macam 4-5 kerusi.

Cerita ni semakin hangat apabila MalaysiaKini laporkan PAS tak dijemput semasa majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasional (PN) dan BN. Masa tu, PAS dikatakan akan menunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

https://www.youtube.com/watch?v=vHyeGdsbrDI

Dalam situasi ni, PAS katanya akan berlapang dada dan menerima apa saja keputusan diambil dengan hati terbuka.

“Itulah (pengumuman esok) yang sahihnya, itulah berita yang tepatnya. Kalau dia (Muhyiddin) kata PAS tak bertanding, tak bertandinglah. Kalau dia kata bertanding sekian-sekian kerusi… 10 kerusi, maka PAS (akan) bertanding 10 kerusi,” – Mohd Aminuddin, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

PAS ada logik tersendiri untuk jawab persoalan ini, bagi mereka calon PAS bertanding walaupun dengan kosong kerusi

Selepas mengetahui diorang tak diberikan apa-apa kerusi, PAS akui rasa sedih sebab tak diberikan laluan bertanding. Diorang kata, sama ada diberikan kerusi atau tak, PAS akan tetap bertanding. Menurut AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, ini kerana calon-calon dihantar UMNO, Parti Pribumi Bersatu Sabah (Bersatu) dan rakan lain atas nama maslahah ummah sebenarnya turut mewakili PAS.

Betul-betul gila punya logik. Via Giphy

Dia kata, PAS merupakan parti Islam yang dah lama bertapak di Sabah, PAS dah lama menceburi kegiatan dakwah dan siasah, serta kegiatan dakwah dipelopori PAS dah lama bersemarak menunggu ranum buahnya. Katanya, kegiatan siasah yang diusahakan oleh PAS pun semakin meluas, cuma di dalam medan ini cabarannya lebih hebat menyebabkan segala gerak langkahnya perlu berhati-hati.

“Oleh sebab itu, soal bertanding dalam PRN Sabah kali ini adalah secebis daripada kanvas keseluruhan kegiatan PAS di Sabah. Sebagai sebuah parti yang berdisiplin, pendukung PAS boleh menerima apa sahaja yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak dan pimpinan utama parti. Maka jentera PAS akan turun seratus peratus membantu wakil mereka yang bertanding,” – Mohd Zuhdi Marzuki, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Whatsapp Image 2018 04 20 At 04.11.25
Zuhdi. Via Sarawak Voice

Dia akui dah ada suara-suara yang sindir Pas tak dihormati, dan sebut PAS dikhianati oleh rakan-rakan Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional. Bagi kami, suara-suara yang muncul ni bukan diluahkan oleh orang tak suka PAS je, ada je orang yang berada dalam PAS merasakan benda ni tak adil. Cuma, dalam sistem PAS, sukar untuk melakukan kritikan terhadap pimpinan. Kalau ada pun, ia akan dilakukan secara dalaman.

Nampaknya ahli PAS akan dengar kata pimpinan, walaupun tak dapat bertanding

Presiden PAS dah pun keluarkan kenyataan untuk hormati keputusan tak letakkan calon dari PAS untuk bertanding dalam PRN Sabah. Macam yang kami kata tadi, selalunya dalam waktu-waktu getir kita akan lihat bagaimana PAS akan bertoleransi dengan keputusan untuk tak berikan diorang apa-apa kerusi. Cuma secara tradisinya, ahli PAS sangat taat dengan pimpinan, jadi rasanya diorang okay je kot dengan situasi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *