Sejak akhir-akhir ini – cadangan untuk melakukan penyatuan di antara PAS-UMNO-BERSATU semakin kedengaran. BERSATU nampaknya semakin lemah dan terpalit dengan beberapa isu; seperti ADUN yang terlibat dengan parti liar dan menteri yang tak kompeten. Populariti Tun Mahathir pun nampaknya semakin menurun dalam kalangan pengundi Melayu.
Kami saja cakap macam ni – sebab nak tunjukkan bukan UMNO je yang terdesak perlukan BERSATU, tapi BERSATU juga semakin hilang kepercayaan pengundi Melayu. Korang kena ingat; segmen pengundi Melayu adalah sasaran utama mereka – sesuai dengan jenamanya sebagai parti yang nak ganti UMNO.
Lokman Adam kata Zahid patut dipecat sebab calarkan maruah UMNO nak gabung dengan Tun Mahathir
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera letak jawatan sebab dia nak UMNO bekerjasama dengan BERSATU, itulah saranan Datuk Lokman Noor Adam. Katanya ucapan Ahmad Zahid tu muncul tiba-tiba dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Zahid gariskan empat sebab utama dia nak UMNO bekerjasama dengan Mahathir.
https://www.youtube.com/watch?v=Ios1BqnQ91w
Katanya keperluan UMNO jaga Muafakat Nasional, UMNO kena ikut PAS bekerjasama dengan Tun Mahathir supaya tak ketinggalan; demi menyelamatkan bekas Perdana Menteri, kebimbangan UMNO diharamkan dan kesediaannya gunakan kuasa veto sebagai Presiden sekiranya memerlukan.
“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri. Saya kira empat alasan diberikan Ahmad Zahid lebih bertujuan untuk menyelamatkan dirinya daripada 87 pertuduhan mahkamah dihadapi selain mahu kembali menjadi ahli Kabinet. 33 pertuduhan beliau hadapi kini mendapat tawaran pilihan dengan hukuman lebih rendah. Ini juga boleh dianggap bukti jelas rundingan telah berlaku dan Ahmad Zahid kini sepatutnya melepaskan jawatan Presiden kerana secara jelas melanggar disiplin parti,” – Lokman, seperti yang dilaporkan Sinar Harian
Lokman Adam kata, sebagai sebuah parti yang berusia 72 tahun, saranan Ahmad Zahid yang nak UMNO mengikut PAS menyokong Tun Mahathir tak masuk akal. Katanya alasan bekerjasama dengan Tun Mahathir demi selamatkan Najib tak relevan sebab Ahmad Zahid tak pernah dilantik sebagai perunding bagi selesaikan kes Najib.
Lokman Adam kata, alasan Ahmad Zahid boleh gunakan kuasa veto sebagai Presiden parti untuk berunding dengan Tun Mahathir sekiranya perlu juga dah dirancang. Benda ni ironi apabila Ahmad Zahid sewaktu sampaikan ucapan dasar Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2019 tahun lalu menekankan keputusan parti tu menolak sebarang usaha pembentukan kerajaan baru melalui ‘pintu belakang’.
Kalau boleh tubuhkan kerajaan pintu belakang, buat apa kita nak adakan pilihan raya?!
Ada beberapa hal yang buat kami tak suka dengan cadangan untuk bentuk perpaduan UMNO-PAS-BERSATU ni. Pertamanya ia jelas mengkhianati rakyat yang dah penat-penat turun mengundi pada PRU14. Sebab itulah kami naik angin apabila ada Ahli Parlimen UMNO melompat ke BERSATU atas alasan ‘demi rakyat’. Tapi kita tahu je – diorang lompat parti sebab haus kuasa.
Kami pernah tulis jugak pasal rundingan ‘pintu belakang’ – apabila beberapa pemimpin UMNO datang secara berjemaah ke rumah Azmin. Ia jelas menghakis semangat demokrasi yang wujud di Malaysia. Kalau boleh buat ‘deal’ lepas pilihan raya, so apa point dia kita buat pilihan raya? Untuk pertunjukkan? Benda ni harus dihadam dengan betul oleh mangkuk-mangkuk ni semua ahli politik.
Kemudian, ia jugak tak sihat apabila semua parti jenama ‘Melayu dan Islam’ ni berkumpul dalam satu koalisi. Walaupun mungkin ada orang akan kata – baguslah Melayu dan Islam dah bersatu, dalam politik dia tak macam tu bang. Kepekatan ‘Melayu dan Islam’ dalam mana-mana koalisi politik akan sebabkan semak imbang sukar nak berlaku.
Yalah, cuba korang bayangkan; kalau tiga kumpulan ni bergabung – siapa yang nak imbangi pandangan diorang apabila ia melibatkan isu Melayu atau Islam? Di Malaysia; untuk bercakap tentang Melayu dan Islam, korang kenalah orang Melayu. Kalau ada bangsa-bangsa lain yang cakap berkenaan isu Melayu dan Islam ni – silap-silap ada orang yang nak menghunus keris. Nampak tak poin kami?
Lebih malang, ada orang yang tak kisah pun kena tipu atau ditindas oleh bangsa sendiri. Asal dia nampak orang tu sebangsa dengan dia – dia okay je ahli politik tu nak buat apa. Ini masalah gaya berfikir yang salah. Orang kita kena diajar untuk lihat kelakuan politik tu tanpa mengira dia berbangsa apa. Kalau dia korup, dia Melayu ke, Cina ke, India ke, atau lain-lain; dia wajib dihukum!
UMNO tak perlukan BERSATU pun untuk mengukuhkan kedudukan diorang
Kalau korang perasan, selepas PRU14 – populariti BERSATU semakin merudum, dan UMNO mula meraih populariti. Walaupun pada kebanyakan hal kami tak setuju dengan cara UMNO berkempen dengan memainkan sentimen Melayu yang keterlaluan, tapi ramai termakan dengan kaedah propaganda semacam itu. BERSATU pulak tetap gagal nak buktikan diorang parti yang relevan sehingga terpaksa ‘import’ Ahli Parlimen UMNO yang takde prinsip.
Dalam kedudukan ni, sebenarnya BERSATU lebih memerlukan UMNO, kalau diorang betul-betul berhasrat nak tinggalkan Pakatan Harapan. Kalau UMNO betul-betul kerja keras dan cuba sedaya upaya untuk tarik balik undi rakyat, kami tak rasa diorang perlukan BERSATU.