Bola Sepak Selangor merudum? Kami temu ramah Persatuan Bola Sepak Selangor

Peminat sukan bola sepak tanahair pasti mengenali The Red Giants yang suatu ketika dulu pernah dianggap gergasi bola sepak Malaysia. Dengan rekod menjuarai Piala Malaysia sebanyak 33 kali, serta mencipta nama pemain-pemain legenda seperti Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Santokh Singh dan Azman Adnan, pasukan Selangor sekarang bukanlah gergasi yang sama.

Image result for fa selangor
Via FAS

Berbekalkan prestasi yang merudum dengan mendapat tempat ke-5, ke-6 dan ke-8 pada kejuaraan Liga Super Malaysia untuk tiga musim antara tahun 2015-2018, Selangor perlukan anjakan baru. Musim ini perubahan datang dalam bentuk pucuk pimpinan baru yang diketuai oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

ORANGKATA duduk dengan Setiausaha Agung FAS Dr Johan Kamal Hamidon, untuk berborak tentang perubahan yang berlaku di FAS, menjadikan bola aktiviti keluarga dan kepentingan kaum wanita untuk masa depan bola sepak Selangor.

Setiausaha Agung FAS Dr Johan Kamal Hamidon. Via FAS

Menjadikan bola lebih mesra penyokong

Pengurusan baru FAS sangat mementingkan pengalaman peminat, dan menurut Johan fan engagement merupakan sesuatu yang diutamakan.

“Antara perkara pertama dibuat selepas ambil alih pengurusan ialah hantar survey dan questionnaire kepada penyokong untuk dapatkan maklumbalas dan nak fahamkan kehendak peminat.”

“Dari situ banyak benda yang diperkenalkan macam team card, yang juga boleh digunakan sebagai tiket (boleh dibeli online), dan team card ni ada tawaran istimewa termasuk macam-macam diskaun (contohnya diskaun pembelian barangan, hidangan dan servis di kedai-kedai partner),”

No photo description available.
via Facebook

“Season pass yang kami buat pun lebih mampu milik dengan harga RM199 sahaja untuk semua perlawanan home Liga Super Malaysia dan perlawanan piala FA dan piala Malaysia. RM199 ni pun termasuk jersi player issue (yang berharga RM99). Kita berjaya menjual 3500 season pass ni, kira okay lah banding musim-musim sebelum ni,”

FAS juga perkenalkan open day dengan penglibatan pemain-pemain first team dan away day, contohnya yang dibuat semasa melawan Melaka dengan penyediaan bas dan pelbagai diskaun.

“Suasana stadium pun dimeriahkan masa hari perlawanan, dengan mural di luar stadium, fan activation zone, pasang muzik, merchandise store dan macam-macam lagi.”

Via FAS

Menurut Johan, FAS juga mula buat outreach programme di sekolah-sekolah dengan membawa pemain kesebelasan utama, “Jadi kalau ada home match, sekurang-kurangnya empat sekolah kita pergi dan berikan tiket percuma kepada pelajar. Jadi boleh reach out kepada hampir 4,000 pelajar seminggu”.

Pentingnya media sosial, semua kat hujung jari je sekarang

Semasa mula mengambil alih tugas, pengurusan baru FAS mengenalpasti operasi yang tak digunakan sepenuhnya atau yang tak diberi fokus.

“Dua yang paling ketara ialah pemasaran dan media sosial. Fan engagement sangat penting jadi ini satu area yang kita kuatkan dulu. Sekarang ada tujuh orang dalam team media termasuk produksi, pereka grafik, pereka video, editor dan sebagainya.

“Sekarang kalau tengok media sosial FAS, lebih banyak pengisian. Kami pun bukanlah buat benda baru, ambil juga inspirasi dari media sosial pasukan Eropah seperti Arsenal dan Chelsea. Jadi setiap minggu akan ada vlogs, highlights, suntingan video dan grafik yang interaktif. Team media ni cover semua dari first team ke ubi-ubi sampailah pasukan wanita.”

Menyediakan peluang baru bagi pekerja lama

Walaupun operasi kebanyakannya diperbaharui tapi Johan tegaskan, semasa baru mengambilalih pengurusan FAS, mereka tidaklah membuang pekerja malah pekerja lama dikekalkan dan diberi peluang menyesuaikan diri.

“Kami menyediakan peluang baru, contohnya Kak Sariah tea-lady FAS. Kak Sariah ni dah lama dengan FAS dan kami tengok dia boleh menyumbang dalam pengurusan stok barangan dan merchandise. Dia sendiri volunteer nak urus stok, jadi dia dinaikkan pangkat jadi stock manager!”

Pekerja seperti Kak Sariah juga diberi peluang menghidupkan suasana di stadium dan beramah mesra bersama penyokong.

“Kak Sariah sangat hebat dan sesuai buat kerja tu; pergi ke setiap perlawanan untuk jual barang, berjumpa dengan penyokong dan kadang-kadang anak dia pun jadi sukarelawan. Dia suka.”

Diorang siap ada Ladies Night??

Sifat inklusif ini bukanlah sekadar dalam urusan pejabat FAS, ia juga jadi falsafah utama dalam fan engagement yang diketengahkan pengurusan baru. Baru ni FAS perkenalkan Ladies Night untuk perlawanan Shopee Piala FA melawan Felda United di mana peminat wanita boleh masuk secara percuma.

Via FAS

“Masa kami buat survey dulu, antara dapatan yang paling ketara ialah kita cuma ada 2% penyokong wanita. Dari situ datang kesedaran, FAS kena buat lebih banyak engagement dengan kaum hawa. Sebelum buat kempen Ladies Night tu pun kami ada buat poll di Instagram story, dan ramai yang sokong kalau lebih ramai wanita ke stadium.

“Kalau lebih ramai wanita datang ke stadium, tengok match tu boleh jadi aktiviti keluarga. Ini juga boleh ubah persepsi yang bolasepak ni sukan untuk lelaki, sedangkan sukan tu untuk semua.”

“Kami memang nak bersifat lebih inklusif, bukan untuk wanita je, untuk OKU pun FAS ada perancangan. Contohnya, sekarang OKU masuk stadium percuma dan kami dalam perancangan nak sediakan tempat khas untuk warga OKU dalam stadium.”

“Kalau strategi-strategi ni berjaya, harapnya malam perlawanan boleh lebih mesra keluarga dan meriah.”

Cadangan kick-off jam 5 petang

Pada masa yang sama, Jawatankuasa FAS juga dah berbincang untuk cadangkan kepada pihak MFL supaya beberapa perlawanan dimainkan pukul 5 petang dan tak semestinya kick-off waktu malam, terutamanya perlawanan hari Ahad.

Mengambil contoh seperti di Eropah, Johan percaya menonton bolasepak adalah aktiviti keluarga dan sokongan kepada kelab adalah bersifat turun temurun.

“Kita nak tarik peminat untuk tengok bola tempatan, bersama keluarga. Dengan cadangan ni; satu, kita tak perlu berlawan siaran dengan EPL jadi boleh tarik lebih ramai peminat tengok bola tempatan. Keduanya, bagi peminat yang nak tengok bola di stadium tapi berkerja esok hari atau ada anak sekolah, tak perlu fikir tidur lewat dan sebagainya. Dulu kita pernah buat kick-off petang, tak tau kenapa dah tak dibuat.”

Image result for wonder why gif
Via Giphy

Menghidupkan budaya menyokong yang sihat

Johan juga kata matlamat FAS adalah untuk jadikan Selangor pasukan bola Malaysia yang disayangi.

“Pemain pun kena faham konsep dan kepentingan fan engagement. Kalau setakat gaduh manja tu tak apa lah, tapi kami tak nak lah berkasar atau bersifat troll. Lebih elok jadi contoh yang baik kepada peminat.”

“Pemain kena faham benda ni, jadi kami pernah bagitahu pemain untuk sentiasa beramah mesra dengan penyokong dan menghargai mereka. Tanpa penyokong siapalah pemain.”

“Bukan senang nak tambat hati penyokong. Lepas kalah dengan PKNS 4-0 masa awal musim, boleh nampak peminat sangat marah. Tetapi pemain-pemain ni tetap berhadapan dengan penyokong lepas habis perlawanan. Penyokong ni pun ada macam-macam jenis, jadi mereka perlu memahami satu sama lain.”

via Instagram

FAS juga sedang berusaha merubah mentaliti peminat bola, dan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menyokong cara yang sihat.

Saya sendiri baca semua komen di media sosial, nak fahamkan sentimen penyokong. Kami nak hidupkan perasaan gembira di kalangan penyokong bukan hanya dengan kemenangan tetapi dengan menjadi sebahagian daripada kelab gergasi ni.”

Bola sepak Malaysia semakin mendapat perhatian semula oleh penyokong tempatan, tapi untuk menarik semula penyokong ke stadium seperti era 90’an dulu masih memerlukan usaha yang tinggi. Orang Malaysia ni terkenal dengan ‘bangsa final’ yang hanya memenuhi stadium bila dah masuk peringkat kejuaraan jadi mendapatkan sokongan peminat ini menjadi inisiatif setiap kelab. Bagi penyokong-penyokong The Red Giants apa pendapat anda tentang pengurusan baru FAS? Boleh jadi contoh kepada kelab-kelab lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *