Bermula Jun, syarikat penerbangan perlu pamer harga sebenar tiket

Selalunya apabila kita nak beli tiket kapal terbang, kita akan dibawa ke website yang akan berikan kita paparan harga penerbangan mengikut tarikh penerbangan. Apabila kita nak bayar, alih-alih ada beberapa lagi tambahan bayaran, so kadang-kadang larilah jugak daripada bajet yang kita ada. Lepas ni jangan risau, sebab bermula 1 Jun ini, semua syarikat penerbangan perlu mempamerkan harga sebenar bagi tambang tiket.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar, pindaan itu telah diwartakan pada 10 Mei lepas dengan tujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.

“Syarikat penerbangan perlu menzahirkan harga muktamad tiket penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket,” – Datuk Kamaruddin Jaffar, seperti yang dilaporkan Utusan

Via Utusan

Harga muktamad itu merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga surcaj bahan api.

Antara pindaan baharu yang telah ditetapkan ialah pembayaran balik tiket penerbangan perlu dikreditkan kepada pengguna penerbangan dalam masa 30 hari daripada tarikh permohonan bayaran balik. Namun begitu, syarikat penerbangan dibenarkan mengenakan maksimum lima peratus bagi fi pemprosesan sekiranya tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik.

Via CDN

Menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi, bagi memudahkan pengguna mengakses laman web, FlySmart telah menaik taraf kepada aplikasi mudah alih yang boleh digunakan melalui telefon bimbit mereka.

FlySmart merupakan laman web yang mengandungi maklumat berhubung hak-hak pengguna, tip perjalanan dan platform untuk pengguna membuat aduan berkenaan khidmat penerbangan yang telah diperkenalkan pada Jun 2018.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *