Pengganas yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai masjid Christchurch, Brenton Tarrant telah memfailkan aduan rasmi yang mendakwa dia dinafikan hak asasi di ketika berada di penjara. Masa kami kat ORANGKATA dengar berita ni, kami pun rasa terkejut.
Bukan kami nak nafikan hak banduan, tapi dengan apa yang telah dilakukan oleh Brenton, kami rasa hairan dia masih ada masa nak buat aduan bagai. Padahal punyalah banyak pertuduhan yang dia bakal hadapi.
Mengeluh sebab tak dapat tengok tv kot
Kami pernah tulis panjang lebar tentang sebab-sebab Tarrant ambil keputusan untuk lakukan serangan terhadap penganut agama Islam di Christchurch. Dia yang dilahirkan di Australia kini sedang dipenjarakan di Penjara Auckland di Paremoremo. Buat masa ini baru satu pertuduhan bunuh dikenakan terhadap dia, tapi lepas ni lebih banyak akan menyusul.
Dia pastinya akan didakwa kerana membunuh 50 orang penganut agama Islam di dua masjid pada 15 Mac.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni Tarrant telah dilaporkan buat aduan kepada kerana keadaannya di penjara tak dibenarkan menerima sebarang kunjungan pelawat, panggilan telefon, atau akses ke televisyen atau akhbar. Untuk banduan biasa, benda-benda selalunya akan diberikan mengikut budi bicara penjara kat sanalah.
Kalau ikut laporan DAILYMAIL, mamat tu sentiasa berada dalam perhatian pihak penjara. Al-maklumlah, pengganas besar, kalau tak diperhatikan bahaya, nanti dia bunuh diri atau ada banduan akan bunuh dia. Sebab tu dia tak dilayan seperti banduan lain, dan sebab tu juga takda panggilan telefon dan lawatan boleh dilakukan.
Kalau banduan biasa bolehlah diberikan kemudahan, dia ni special sikit
Menurut undang-undang New Zealand, penghuni berhak membuat panggilan telefon keluar, menghantar atau menerima surat, rawatan perubatan, tempat tidur, makanan dan minuman, akses kepada pelawat, akses kepada maklumat dan pendidikan, antara lain.
Undang-undang New Zealand juga kata seseorang tahanan boleh dinafikan hak ini jika ada berlaku kecemasan di penjara, keselamatan penjara terancam, atau kesihatan atau keselamatan seseorang terancam. Kami pun tak tahulah mamat ni berada dalam kategori apa. Kalau kami diizinkan teka – rasanya dia dihalang untuk ada semua akses ni sebab keselamatan dia boleh terancam kot. Nanti tiba-tiba pembunuh upahan datang melawat? Kan teruk tu.
Tarrant kini berada di bawah pengawasan penjaga penjara dan CCTV selama 24 jam sehari kerana ia disimpan di dalam selnya yang dipisahkan dari penghuni lain. Rasanya kalian ingat kot apabila kumpulan gangster yang paling ditakuti di New Zealand kata member diorang dah ushaa mamat tu dalam penjara. Sebabnya apa yang mamat ni lakukan dianggap terlalu kejam.
Dia dibenarkan masuk ke ruangan kecil, yang terdiri daripada dinding dan lantai konkrit, yang disambungkan ke selnya selama satu jam sehari. Dia digambarkan sebagai ‘tak macam orang lain’ di penjara, tetapi tetap ‘patuh’. Lelaki bersenjata itu didakwa dengan satu pembunuhan pada 16 Mac tetapi dijangka menghadapi pertuduhan tambahan apabila dia kembali ke mahkamah pada 5 April.
Dia akan muncul melalui panggilan video, dan akan mewakili dirinya. Maksudnya dia tak akan datang ke mahkamah tapi akan gunakan video. Sebijik macam kalau kalian tengah buat videocall dengan orang yang tercinta.
Mereka buat macam ni sebab takut yang akan ada benda yang tak diingini kalau mamat ni dibawa ke penjara. Sorrylah, kami asyik guna perkataan ‘mamat’, sebab setiap kali kami sebut namanya – kami naik marah!
Sebarkan kebaikan, musnahkan virus kebencian
Kes ni memang mengejutkan satu dunia, kerana rasa kebencian terhadap sesuatu agama – mamat tu sanggup lakukan pembunuhan yang tak pernah terfikir dek akal. Oleh sebab itulah kami selalu sampaikan pesanan supaya jangan terlalu ekstrem apabila kalian mula nak benci orang.
Sebabnya boleh jadi kalau kebencian tu dah terlalu memuncak – macam-macam benda boleh jadi. Jadi sederhanalah dalam membenci, sentiasalah memilih untuk mengenali menyayangi orang yang berbeza dengan kita.