Dahulu semasa jadi “pembangkang” tak setuju isytihar harta, kini “tak kata apa”

F1

Ketika dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 ni, banyak rakyat yang kehilangan kerja dan terpaksa gadai harta benda yang diorang ada. Sambil kami memikirkan masalah, dan risau gak kalau-kalau kami pun kena hadap keadaan yang mencabar macam ni, kami terfikir tak salah nak jenguk Portal Perisytiharan Harta untuk lihat sejauh mana harta-harta yang diorang miiki. Yalah, diorangkan selalu sembang tentang kesusahan rakyat, dan ada yang pernah kata harta ni tak boleh beritahu orang.

Ketika jadi pembangkang, ada individu dari Pas yang berpandangan tak wajar beritahu awam perihal harta peribadi

Semasa Pas jadi pembangkang hari tu, ada sesetengah daripada mereka tak menyokong usul wajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk isytiharkan harta, kerana katanya Islam larang umatnya berbuat demikian. Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dalam Islam, jika Allah beri harta kepada mana-mana individu, diorang tak boleh hebohkannya kepada orang ramai.

Mrt
Tuan Ibrahim. Via Awani

“Apabila kita mengisytiharkan harta, keselamatan individu yang mengisytihar termasuk keluarga dan sebagainya perlu diambil kira,” – Tuan Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 1 Julai 2019

Dia kata macam ni ketika ditanya pendirian Pas berhubung usul wajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, isytiharkan harta bagi halang diorang gunakan pengaruh sebagai ahli politik dan pemimpin untuk dapat bayaran. Tuan Ibrahim kata undang-undang dah mencukupi untuk kawal dana dan peruntukan yang diperoleh ahli politik. Cuma, kalau kita menoleh sikit ke belakang, Presiden Pas, TG Haji Hadi pernah kata yang dia adalah di antara orang terawal yang sokong bab-bab isytiharkan harta ni.

Jadinya, dalam isu ni kita nak benda yang tak konsisten dan seragam. Ada orang yang dalam Pas fikir yang isytiharkan harta ni tak salah, dan ada pulak yang rasa ia perlu dilakukan. Cuma, nampaknya hari ini Tuan Ibrahim dah lakukan sesuatu yang pernah ditentangnya satu ketika dulu. Dia telah beritahu hartanya melalui portal yang kami sebutkan tadi. Kali ni dia tak bising pulak pasal isu ni, mungkin sebab dia dah jadi menteri kan? Pendirian boleh berubah, lebih-lebih kalau tengah sedap dapat jawatan.

Kini, Pas memberi jaminan semua ahli Parlimen parti itu akan membuat pengisytiharan harta masing-masing. Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kata, tindakan itu selari dengan kedudukan parti itu sebagai anggota kerajaan atau penjawat awam.

Raja Aisyah
Via MyDeclaration

Ustaz Wanji kata ia selaras dengan kaedah fiqh, Islam memang pentingkan integriti

Menurut ustaz Wanji – secara dasarnya, Islam amat menekankan integriti, akauntabiliti dan transparensi dalam berpolitik. Apatah lagi, salah satu sifat utama Nabi adalah al-Amin. Zaman kini, ia disebut integriti. Sikap tidak bersedia untuk isytihar harta, adalah lambang bercanggah dengan sifat integriti. Apabila bercanggah dengan integriti, dah tentu-tentulah ia tak selaras dengan sifat al-Amin bagi Nabi.

Ustaz Wan Ji. Via SPD

Oleh sebab tu, tak wajar bagi mana-mana ahli Parlimen yang beragama Islam menolak amalan isytihar harta. Lebih-lebih lagi, amalan isytihar harta ini dapat mengelak dari sebarang amalan rasuah melibatkan pihak yang terlibat dengan politik secara langsung. Ia sudah pasti selaras dengan kaedah fiqh yang berbunyi:

“Tidak sempurna perkara wajib kecuali dengan melakukan perkara itu, maka melakukan perkara itu adalah wajib”.

Dalam kata lain, tak sempurna proses melawan rasuah kecuali dengan melakukan amalan isytihar harta, maka isytihar harta juga boleh dianggap sebagai wajib juga.

Dalam pada itu, tak dinafikan – ada orang yang diragui sumber kekayaannya akan menolak cadangan dan amalan isytihar harta ni. Sebabnya, dengan pengisytiharan harta akan membantu lagi siasatan SPRM terhadap individu ahli politik yang diragui harta yang dimilikinya.

Sebenarnya amalam macam ni dah diamalkan sejak zaman Saidina Umar lagi

Amalan sebegini sebenarnya sudah diamalkan pada zaman pemerintahan Saidina Umar – semasa dia melantik Abu Hurairah menjadi gabenor di Bahrain. Dengan sebab itu, dakwaan bahawa Islam melarang isytihar harta itu adalah satu fitnah dilakukan terhadap agama Islam yang mementingkan integriti.

Pun begitu, dalam laporan berita dinyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS ada berkata : “dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW menyuruh supaya harta yang ada tidak dihebahkan, kerana ramai pendengki kata Rasulullah.

Sebenarnya, hujah yang dinukilkan oleh Tuan Ibrahim tu adalah hadis palsu berdasarkan apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam Ibn al-Jawzi; dianggap doif oleh al-Imam al-Iraqi dan al-Imam al-Sayuti; dianggap mungkar oleh al-Imam Ibn Abi Hatim. Ini kerana dalam sanad hadis itu ada seorang perawi yang ditolak bernama Sa’id bin Salam al-Attar. Ia ditolak oleh ramai ilmuan hadis, malah Imam Ahmad bin Hanbal anggap dia sebagai pendusta.

Dari sudut Sanad juga, dicatatkan bahawa perawi hadis daripada Muaz bin Jabal yang beliau diambil daripada Khalid bin Ma’dan. Al-Imam Ibn Abi Hatim menyatakan bahawa Khalid bin Ma’dan tidak pernah mendengar hadis dari Muaz. Apabila tidak mendengar, lebih mengukuhkan lagi dakwaan bahawa hadis ini adalah palsu.

Palsu. Via Giphy

Dari sudut matan pulak, dikatakan bahawa tidak boleh diberitahu kepada orang berkenaan nikmat yang kita dapat. Ini sudah pasti bercanggah dengan ayat Al-Quran yang menyatakan: “Adapun dengan nikmat Tuhan kamu, hendaklah kamu ceritakan.” (Surah al-Dhuha 93:11)

Dengan ni jelas bahawa “fatwa” Timbalan Presiden Pas itu tidak berasaskan hujah yang benar. Apatah lagi dengan menyandarkan ia kepada Islam boleh melahirkan persepsi buruk dari mata masyarakat Non Muslim terhadap agama Islam – seakan-akan islam adalah agama yang tidak cenderung kepada integriti. Islam adalah agama yang pentingkan integriti. Dalam hal ini, sikap Pas, sama sekali tidak mewakili ajaran Islam.

Kalau difikir-fikirkan, daripada mana sebenarnya ahli politik boleh dapat harta yang banyak gila ni?

Sesuatu yang ganggu pemikiran kami apabila tengah tengok jumlah harta-harta yang dimiliki oleh ahli-ahli politik ni; dari mana diorang dapat harta-harta ni? Kami faham kalau ada di antara mereka yang pernah jadi tokoh korporat atau mewarisi harta daripada keluarga diorang. Apa yang kami pelik, macam mana dengan ahli politik yang datang dari keluarga sederhana, tapi ada aset juta-juta?

Kami pernah persoalankan tentang majlis perkahwinan anak Azmin yang satu ketika dahulu popular kerana dikatakan anjurkan majlis perkahwinan yang terlalu mewah. Selain tu, ada jugak isu Azmin dan Hishamuddin pergi bercuti mewah bersama-sama; yang pada ketika itu diorang berada dalam kem politik yang berbeza. Satu benda lagi yang malang untuk ahli politik, kalau diorang ada anak atau isteri yang “tak pandai cover” kekayaan diorang miliki.

Mrt
Via Sinar Harian

Sikap menunjukkan kemewahan di media sosial akan menimbulkan persoalan pada minda rakyat. Adakah benar, untuk menjadi kaya, seseorang perlu terjun ke dunia politik? Mungkinkah ia boleh menjadi salah satu sebab ada ahli politik yang tentang pelaksanaan beritahu nilai harta pada orang awam? Pertanyaan-pertanyaan ini akan sentiasa berlegar pada minda rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *