Ahli politik Sabah dikatakan cuba ‘mencabul’ peserta Unduk Ngadau? Ini ceritanya

f1

Salah satu perkara yang kita bangga Malaysia ada, kita dapat menghormati dan memberi ruang untuk kaum masing-masing meraikan acara budayanya sendiri. Di Sabah dan Sarawak misalnya, akan meraikan sambutan Pesta Menuai pada hujung bulan Mei dan awal bulan Jun. Di Sabah, 30 dan 31 Mei adalah Pesta Kaamatan… manakala di Sarawak, 1 dan 2 Jun merupakan sambutan untuk Hari Gawai pulak. Sambutan ni adalah antara sambutan popular di negeri masing-masing, dan secara tradisinya, diorang turut menampilkan segmen budaya untuk memilih ‘ratu cantik’ diorang jugak.

728 X 90

Bila kita sebut pasal ‘ratu cantik’, kita selalu bayangkan wanita cantik yang tersenyum manis dan elegan memakai baju yang seharusnya mewakili diri atau negara diorang. Unduk Ngadau, nama pertandingan ‘ratu cantik’ di Sabah pun begitu jugak. Ia tak kira cantik wajah je, sebaliknya turut perlukan sorang Unduk Ngadau ni untuk bijak, berketerampilan dan berbakat – wajah simbolik Huminodun dalam cerita budaya Sabah. Tetapi ni tak bermakna, Unduk Ngadau ni pun akan tunduk pada nafsu batin orang politik….

unduk ngadau
Unduk Ngadau kini dijalankan dalam talian je.. Via New Straits Time

Rupanya dah lama orang politik ni suka raba wanita cantik, kini digantung keahlian

Pada 2 Jun lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahkan diorang dah terima laporan polis berkaitan sorang pegawai belakang tabir Unduk Ngadau, yang jugak merupakan sorang anggota penting dalam parti politik tempatan mencabul sorang peserta Unduk Ngadau. Sebelum tu, sekeping salinan laporan polis dah tular di alam maya… membuatkan orang ramai terkejut dan marah. Seperti yang kami katakan tadi, pertandingan Unduk Ngadau ni besar maknanya dalam sejarah tradisi budaya… jadi apabila hal macam ni berlaku, terutamanya oleh orang politik, ramai marah kerana melihat ni suatu penyalahgunaan kuasa dan suatu tindakan tak bermoral terhadap wanita.

laporan cabul unduk ngadau
Laporan polis yang tular.. Via Sabahpost

Penama yang disebutkan dalam laporan tersebut, Philip Among didakwa cuba raba sorang peserta wanita Unduk Ngadau walaupun dah ditolak secara fizikal. Tak perlu jauh nak cari – carian pantas Google mendapati Philip Among ni merupakan salah sorang anggota parti politik Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR). Dia ni adalah Penyelaras Parlimen STAR Putatan, jadi tak hairanlah dia rasa macam ‘terlindung’ sangat dengan kedudukan politik yang dimilikinya.

Lepas tularnya laporan polis tersebut, hal ni buatkan rakyat Sabah khususnya pengundi STAR tertanya-tanya apa respon balas parti tu. Untuk pengetahuan korang, STAR boleh dikatakan menerima sokongan kuat daripada penduduk etnik KDMR (Kadazan, Dusun, Murut, Rungus). Unduk Ngadau tu pulak adalah sambutan besar etnik KDMR. Yang mencabul pulak KDMR, yang dicabul pun KDMR jugak… hah logik macam ni memarakkan api ketidakpuashatian rakyat Sabah. Bukan tu je, terdapat satu lagi laporan polis ke atas Philip Among, datangnya dari sorang pengawal keselamatan di Dewan KDCA, Penampang. Sekali lagi, Dewan KDCA ni adalah dewan kebudayaan utama untuk KDMR.

laporan polis kedua philip among
Laporan polis daripada pengawal keselamatan.. Via Sabahnews

Menurut Setiausaha Agung STAR Senator Datuk Guandee Kohoi, tindakan seterusnya akan diambil iaitu sama ada menggantung keahlian atau memecat Philip dari STAR Sabah akan diambil selepas Lembaga Disiplin parti bersidang. Setakat ni, Philip Among dah digantung jawatannya dalam parti tersebut.

Persatuan Unduk Ngadau minta peserta lain tampil jika kena benda yang sama, harap tiada campur tangan politik

Susulan insiden tersebut, Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) gesa semua wanita Unduk Ngadau (Ratu Kaamatan) supaya tampil bersuara sekiranya menerima sebarang bentuk gangguan khususnya gangguan seksual atau perbuatan jenayah.

“Kami (PUNS) juga ingin menyatakan bahawa kami mendengar suara anda dengan jelas dan akan menyokong usaha anda untuk memperoleh keadilan yang sewajarnya.

Kami juga turut berasa bangga dengan keputusan yang diambil untuk tampil menyuarakan insiden yang berlaku kerana keputusan tersebut sememangnya bukan mudah dan meletakkan anda di posisi yang sukar serta mencabar.

Namun, PUNS berpandangan bahawa semua wanita Unduk Ngadau perlu berganding bahu dan saling menyokong dalam usaha untuk menyuarakan apa-apa bentuk gangguan atau perbuatan jenayah yang dilakukan terhadap wanita,”- Kenyataan media PUNS, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Sementara siasatan dijalankan, Pengerusi PUNS Ellyanti P. Nelson turut berharap ia berjalan dengan lancar dan takde gangguan mahupun pengaruh oleh mana-mana pihak ke atas peserta UNK khususnya yang dah buat laporan polis tu. Philip Among pulak dah kena tahan oleh polis pada 3 Jun lalu sebelum dia nak buat sidang media… namun Harian Metro melaporkan, penahanan tu dipercayai berkaitan video dia berselisih faham dengan pengawal keselamatan; bukannya mengenai laporan gangguan seksual sepertimana yang dispekulasikan orang ramai.

Video tersebut menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Dewan KDCA di Penampang, selaras dengan laporan kedua yang kami sebut tadi.

https://youtu.be/0bDPxXCwyKo?t=14

Namun demikian, Pesuruhjaya Polis Sabah dah kata laporan kes cabul tu akan turut disiasat sekali. Mangsa kejadian raba tu dah dipanggil untuk hadir rakaman keterangannya bagi membantu siasatan lanjut. Untuk laporan polis kedua, dah ada bukti bahawa wujud perselisihan faham antara Philip Among dan pihak pengurusan Unduk Ngadau. Untuk laporan polis pertama pulak… ni mendapat pelbagai respon jugak. Walaupun rata-ratanya kutuk tindakan tak bermoral tu, ada jugaklah yang sokong si Philip ni atas dasar kepartian di media sosial.

kontroversi unduk ngadau
Menurut sumber kami, dia ni dikatakan orang parti STAR jugak.. patutlah macam tu. Via Facebook

Salah satu respon yang menarik perhatian kami adalah daripada saudara Hasmin di Facebook. Nada nukilannya ni menyamakan wanita tu ikan, dan tak salah kalau kucing (yakni lelaki, atau Philip Among dalam konteksnya) “makan” ikan tu. Kami dengan tegasnya nak tolak jenis pemikiran macam ni. Secara tak langsung, fikiran macam ni seolah nakkan kita halalkan benda yang salah dari segi undang-undang dan agama, serta moral masyarakat. Tak kisahlah dalam pertandingan ratu cantik, atau pertandingan bina badan sekalipun… apa yang salah tu tetaplah salah. Kita bukan objek atau haiwan. Kita manusia. Alangkah baik jika ingat benda tu dulu bila nak ulas isu terutamanya tentang kehormatan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *