Hampir 2,000 pesakit masuk hospital, kali ni jangkitan akibat selesema dan Covid-19

hospital flurona

Memasuki tahun 2022, kita masih terus berharap bahawa tahun ni akan lebih baik daripada tahun lalu khususnya bila berkaitan dengan Covid-19. Pada hujung tahun lalu, kita dah nampak munculnya lagi satu penularan varian baharu iaitu Omicron. Sementara di Malaysia, ia masih lagi berjaya dikawal dan belum ada perebakan antara komuniti tempatan.

Walau bagaimanapun… ada satu lagi jangkitan lain dah direkodkan di Israel. Disebut oleh media sebagai ‘flurona’, ia mungkin boleh dilihat sebagai satu lagi ancaman kesihatan yang berpotensi mengkronikkan keadaan kita yang baru nak mula ‘sembuh’ dari pandemik.

covid india
Via Berita Harian

Israel laporkan ada kes jangkitan dari Covid dan selesema, nama baharu jangkitan yang diberi adalah ‘Flurona’

Sementara dunia sekarang tengah bergelut dengan varian Delta dan Omicron, serta gabungan Delta dan Omicron yang digelar ‘Delmicron’… Israel pulak melaporkan kes pertama ‘Flurona’. Ia merupakan jangkitan gabungan koronavirus dan selesema (flu), jadilah namanya Flu-rona.

Virus ‘Flurona’ pertama ditemukan dari kes sorang wanita yang baru habis bersalin di hospital bandar Petah Tikva, di pusat Israel. Mengikut laporan berita Ynet, wanita muda tu takde vaksin dan hasil keputusan dari hospital mengenalpasti kehadiran patogen selesema dan Covid-19.

flurona
Penjelasan sorang doktor tentang flu dan Covid-19.. -Via Dr. Daliah. wordpress

Wanita tersebut ada simptom penyakit yang ringan je. Namun begitu, penemuan patogen ni mengemparkan seluruh penduduk di sana. Sementara Kementerian Kesihatan Israel belum lagi tentukan sejauh mana teruknya gabungan Covid-19 dan selesema… diorang kata Israel sekarang tengah dilanda ‘gelombang kelima’.

Oleh kerana lonjakan kes akibat varian Omicron, Israel dah arahkan suntikan vaksin keempat sebagai dos pengalak bagi sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah agar dapat mempertahankan diri diorang daripada akibat simptom Covid-19.

Wanita bersalin takde vaksin kena Flurona gagal diselamatkan, dianggarkan 2,000 orang masuk hospital

Kegusaran dalam kalangan penduduk Israel meningkat lantaran Flurona. Kementerian Kesihatan Israel kata, 1,849 orang tengah dihospitalkan akibat Flurona. Jumlah ni termasuklah 605 kanak-kanak dan 124 wanita hamil serta ibu baru bersalin.

“Virus selesema ini boleh menyebabkan penyakit yang serius, seperti pneumonia, komplikasi pernafasan yang lain, myokarditis malah kematian…”- seperti yang dipetik dari The Times of Israel

Pihak kesihatan dah beri amaran tentang ‘twindemic’, memandangkan kini hospital dibebani gelombang selesema dan pesakit Covid-19. Tahun lalu pada musim sejuk diorang, tak nampak sangat ‘Flurona’ ni disebabkan pelbagai sekatan Covid-19. Tahun 2021 ni, baru nampak kesan penularan selesema kerana kelonggaran sekatan untuk bergerak.

Macam satu kes, sorang wanita hamil meninggal dunia di Jerusalem selepas disahkan dijangkiti selesema. Wanita tersebut berumur 31 tahun dan 9 bulan hamil blia dia jatuh sakit 2 minggu lalu. Selepas dimasukkan ke dalam hospital, dia terpaksa melahirkan anaknya dengan pembedahan Caesarian.

 

flurona jantung
Via Times of Israel

Sejurus selepas pembedahan, wanita tersebut diintubasi akibat komplikasi pernafasan. Namun begitu, keadaannya semakin teruk dan tak dapat diselamatkan. Anaknya dikhabarkan selamat dan sihat.

Dalam kes yang berasingan, sorang kanak-kanak perempuan jugak terpaksa diintubasi selepas dijangkiti selesema. Laporan menyatakan, kanak-kanak tu ada demam dan sakit tekak selama dua hari sebelum dia rasa sukar bernafas. Ahli keluarganya terpaksa lakukan CPR sebelum dia dihantar ke hospital untuk rawatan.

Awal bulan Disember lalu, sorang lagi kanak-kanak meninggal dunia selepas tak bangun dari tidur dengan demam. Pakar kesihatan percaya dia sebenarnya dah kena myokarditis – keradangan jantung- daripada komplikasi selesema tu.

flurona hospital
Via News in 24

Sebelum ni kami dah pernah kongsikan beberapa pandangan tentang kesan Covid-19 ke atas kanak-kanak. Kalau virus Covid-19 yang menular pada 2019, ia dilihat tak begitu memberi kesan yang teruk dalam kalangan pesakit kanak-kanak. Maka, kita jarang nampak kes pesakit kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19. Namun selepas varian-varian baharu pulak yang menular, barulah kita dapat lihat peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti Covid-19 serta mempunyai komplikasi.

Melihatkan perkembangan varian baharu dan kini, ada pulak ‘Flurona’… kepentingan ambil vaksin semakin mendesak. Ikut prinsip kesihatan, kita memang tak dapat paksa orang ambil vaksin dan diorang bebas untuk buat keputusan sama ada nak ambil atau tak.

Walau bagaimanapun, ‘kebebasan’ ni perlulah disertai dengan pengetahuan yang cukup tentang potensi rantaian akibat. Antara hujah anti-vaksin dan golongan ragu vaksin ni adalah vaksin pun tak jamin diorang takkan kena Covid-19.

Secara biologinya, vaksin ni hanya ‘memperkenalkan’ badan dengan virus yang perlu diorang lawan. Bila badan dah kenal, tahap keterukan dapat dikurangkan. Kaedah pencegahan yang paling baik sentiasalah dengan penjagaan jarak dan kebersihan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *