Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
srilankaprotest
Global

Sri Lanka umum darurat akibat krisis ekonomi dan hutang negara yang tinggi, ini punca kenapa diorang dalam krisis

By Farahani
April 4, 2022 5 Min Read
Comments Off on Sri Lanka umum darurat akibat krisis ekonomi dan hutang negara yang tinggi, ini punca kenapa diorang dalam krisis

Bila kita sebut pasal hutang negara, ada banyak pendapat yang dapat kita kutip. Ada kata bila negara berhutang… ia suatu yang baik. Namun ada jugak yang berpandangan, bila negara berhutang… ia suatu yang tak baik dan akan meruntuhkan negara. Kali ni, kami taknak kupas soal hutang negara tu baik ke tak baik. Baru-baru ni, Sri Lanka dilaporkan terpaksa isytihar darurat susulan krisis ekonomi dan peningkatan inflasi.

Kata Presidennya, pengisytiharan darurat tu demi kepentingan awam dan membolehkan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting dapat disalurkan kepada rakyat. Di sana, tahap darurat diorang dah sampai catu makanan, bahan api dan elektrik. Apa dah jadi sebenarnya di sana?

srilanka protest
Via CNN

Darurat seluruh negara kerana krisis ekonomi, ramai terpaksa berbaris demi keperluan asas

Bermula 1 April, Sri Lanka diisytiharkan darurat ekoran arahan Presidennya Gotabaya Rajapaksa yang dikatakan nak kawal semula keadaan. Protes di sana sini berlangsung, termasuk di depan rumah presiden tu sendiri. Dalam pengisytiharan darurat tu jugak, para penguatkuasa boleh tahan dan penjarakan sesiapa je tanpa ada waran. Oleh demikian, pihak kerajaan harap darurat dapat kawal protes-protes tu.

Sebenarnya kalau dilihat, ada logiknya kenapa dah sampai rakyat sendiri keluar protes. Sri Lanka dihuni oleh 22 juta orang dan kini sedang dilanda krisis ekonomi yang menyebabkan rakyat kena keluar berbaris demi keperluan asas serta perlu hadap kekurangan bekalan elektrik. Lama-kelamaan, rakyat pun tak puas hati dengan ketidakcekapan kerajaan diorang dan gesa Presiden diorang letak jawatan.

srilanka protest1
Via CNN

Kadar tukaran asing Sri Lanka pun semakin rendah. Bekalan wang negara diorang menyusut semakin teruk. Ditambah lagi dengan pandemik, banyak sektor ekonomi diorang lumpuh dan semakin menjejaskan kemampuan Sri Lanka untuk memakmurkan negaranya.

Mengikut Reuters, rizab diorang menyusut 70% dalam masa 2 tahun kepada $2.31 bilion. Sri Lanka terpaksa bayar hutang diorang ni pada tahun ni kira-kira $4 bilion, termasuk $1 bilion pinjaman antarabangsa yang matang pada Julai. Keadaan ni jugak buatkan kadar tukaran diorang semakin lemah dan sukar import barang seperti bahan api, makanan dan barang asas lain.

Bagaimana Sri Lanka terperangkap dengan hutang China?

Krisis ekonomi Sri Lanka sebenarnya banyak kaitan dengan China. Sekarang ni kita tak fikir lagi China ni dalam soal perkauman – ni negara China, yang rajin cari peluang ekonomi di negara lain demi kelangsungan ekonomi dan kepentingan geopolitik. ZeeNews menjelaskan bagaimana Sri Lanka akhirnya terperangkap jugak dengan hutang-hutang kepada China.

sl china
Presiden Sri Lanka dan Presiden China.. -VIa The Morning

Pada permukaannya, punca utama krisis ekonomi Sri Lanka ni boleh dikatakan dari kegagalan pengurusan ekonomi yang diamalkan kerajaan dan beberapa keputusan ekonomi yang buruk seperti mengharamkan penggunaan baja kimia dan potongan cukai yang dijanjikan Presiden Rajapaksha semasa kempen pilihan raya 2019.

Krisis ekonomi ni bermula lebih kurang 2 tahun lalu. Masa tu, Sri Lanka dah guna lebih 70% rizab dan kini tinggal $2 bilion. Pada tahun ni, hutang Sri Lanka dah cecah $7 bilion. Masalah ni hanya akan menjadi lebih besar kerana diorang ni berhutang kepada negara lain iaitu China. Dah macam mana diorang boleh berhutang pulak?

srilanka china bangunan
Via CGTN

Haa.. semua ni kena tengok sejarah Sri Lanka pada awal 2000-an. Sri Lanka fikirkan diorang nak ikut model pembangunan China yang lebih bertumpukan infrastruktur dengan harapan ia boleh perbanyakkan peluang pekerjaan dan kemakmuran. Oleh tu, Sri Lanka banyak minta dana kepada China untuk projek infrastruktur diorang.

Dari 2006-2019, sekurangnya $12 bilion dah dilaburkan untuk pembinaan infrastruktur di sana. Banyak projek dikatakan masih lagi dalam proses pembinaan, seperti pelabuhan bandar Colombo yang dibina oleh entiti milik kerajaan China iaitu China Communications Construction Company bernilai $1.4 bilion.

srilanka china worker
Via The Guardian

Dah bagus tu… cuma ada seperkara yang perlu difikirkan dahulu sebelum Sri Lanka setuju dulu. Projek tu dijangka hanya siap menjelang 2043, bermakna Sri Lanka takkan jana keuntungan dari pelabuhan tu untuk 2 dekad lagi. Walaupun dah siap nanti, 43% tanah tu akan dipajakkan kepada China kerana Sri Lanka dah takde duit nak bayar projek tu.

Takde duit nak bayar hutang, akhirnya tanah jugak tergadai kepada China

Secara asasnya, Sri Lanka dah terperangkap dalam kitaran hutang dengan China hingga menyebabkan Sri Lanka terpaksa lepaskan kawalan ke atas projek tersebut atau ambil lagi pinjaman demi bayar China semula. Contohnya, dalam kes pembinaan pelabuhan Hambantota pada awal 2010. Bekas Presiden Sri Lanka, Presiden Mahinda Rajapaksa nak buat pelabuhan di negeri kelahirannya.

hambantota
Pelabuhan Hambantota.. -VIa Modern DIplomacy

Namun semua pihak tolak disebabkan kawasan tu dilihat tak strategik. Kecualilah… China. Untuk pembinaan pelabuhan tu je, Rajapaksa pinjam lebih $1bilion. Akan tetapi, dia kalah pulak dalam pilihan raya 2015 manakala kerajaan baharu ni berusaha taknak bayar hutang besar tu. Diorang pilih untuk tukar cara bayar hutang tu kepada tunai menjadi ekuiti, yang mana kawasan pelabuhan serta 15,000 ekar lagi akan dipajakkan kepada China untuk 99 tahun.

Mendengarkan situasi macam ni, ramai jugak terfikir sekiranya tu sebenarnya cara China untuk dapat tanah di sana. Ye lah, kalau tak dapat bayar projek… dapat hak tanah. Bukan Sri Lanka tak berusaha nak rayu agar China pertimbangkan semula cara pembayaran yang lain. Dah rayu struktur balik pembayaran hutang, dah minta tinggikan lagi garis kredit tu daripada China. China taknak.

wsj hutang sri lanka china
Via WSJ

Ada dua sebab utama China mungkin taknak layan permintaan Sri Lanka. Pertama, ia seolah-olah membuktikan model pertumbuhan China yang bertumpukan infrastruktur ni ‘gagal’. Kedua, ia memberi contoh buruk kepada negara-negara lain yang dah pinjam wang dari China.

Pelaburan China di Sri Lanka ni dah jauh lebih lama sebenarnya, iaitu sejak 1970-an. Masa tu, China selalu beri geran kepada Sri Lanka. Manakala pada 2000-an, hubungan tu dah ‘naik taraf’ jadi model komersial yang menggunakan pinjaman dan infrastruktur yang berkaitan pelaburan asing seperti pengangkutan, tenaga dan projek telekomunikasi.

Here's a chart of public and hidden debt exposure to China.

The report revealed that due to debt spending by China under the banner of the Belt and Road Initiative, 42 countries now have levels of public debt exposure to China in excess of 10% of GDP. https://t.co/FGQEKjbAkV pic.twitter.com/7isPmo172e

— Nikkei Asia (@NikkeiAsia) September 29, 2021

Selain tu, China jugak banyak libatkan diri dalam sektor pembinaan dan membiayai beberapa projek infrastruktur yang penting seperti loji janakuasa arang batu Narocholai pada 2006, pelabuhan Hambantota pada 2007, Lapangan Terbangan Mattala pada 2010, Terminal Kontena Antarabangsa Colombo di Pelabuhan Colombo pada 2011 dan Menara Lotus juga pada tahun yang sama.

Bukan Sri Lanka je terjerat dalam hutang tersebut. Beberapa negara lain seperti Angora dan Kenya jugak kena. Kebanyakan projek ni dilaksanakan tanpa ada kajian wajar mengenai impak sosio-ekonomi mahupun nilai komersialnya. Sri Lanka kini berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi dan banyak lagi kekangan kerana nilai matawang diorang yang rendah.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
mahathirr1
Previous

PRU15 mungkin dalam empat bulan lagi, dua parti Melayu sudah jumpa Mahathir

anwar najib 11
Next

Najib sahut cabaran debat Anwar tentang isu Sapura, ini cerita sebenarnya

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme