Tanpa Parlimen, bagaimana kerajaan boleh disemak? Pembangkang cuba kaedah ini

f1

Selepas penubuhan kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perikatan Nasional pada tahun lalu, kita banyak melihat kekurangan yang wujud dalam kabinet PN. Dari tahun lalu, rakyat dah perhatikan ragam orang politik dan pak-mak menteri ni. Ada antaranya jadi bahan gurauan warganet di alam maya, ada jugak yang berbekas lagi sehingga kini. Sepanjang tahun lalu jugak, kami mengikuti rapat suasana politik negara dan mengarkibkan banyak kejadian besar melibatkan pak-mak menteri kita ni.

728 X 90

Selaras dengan penubuhan kerajaan baharu tu jugak, ada menganggap PH sepatutnya boleh berfungsi sebagai pihak pembangkang yang berkesan. Namun acapkalinya, kita selalu dengar diorang mengira bilangan kerusi dan usul tak percaya je hingga membuatkan segelintir tak yakin dengan kedua-dua blok politik yang ada. 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat kita, menyaksikan tumbangnya BN dan beralihnya kerajaan baharu. Jadi pada 9 Mei 2021, dijadikan tarikh keramat jugak yang menandakan tenaga baharu akan muncul di kala rakyat perlukan kepimpinan dan sokongan.

9 mei 2018
Via Bernama

#KerajaanGagal terus sohor kini di laman sosial, rakyat semakin pesimistik dengan kepimpinan PN

Sebelum ni, kami dah kongsikan mengenai beberapa tema popular mengenai kerajaan. Pada awalnya rakyat sendiri menggerakkan semangat #KitaJagaKita bagi mengisi kelompangan bentuk sokongan yang gagal diberikan oleh kerajaan. Masa tu kami ingat lagi, kita dah lihat layanan double-standard yang diberikan oleh menteri, VIP dan orang kayangan. Tak lama lepas tu, golongan rakyat jugaklah yang nak minta lima perkara – antaranya turut meminta bantuan kewangan daripada kerajaan dan mintak ketegasan kerajaan untuk kuatkuasakan layanan sama rata kepada menteri, golongan kayangan dan VIP. Malangnya takde satu tuntutan ni dilayan oleh kerajaan.

kitajagakita artoitoise
Via Artortoise

Kes jangkitan yang mencanak naik, diikuti dengan proses agihan vaksin kepada golongan menteri dalam fasa 1 dulu seharusnya memberi tanda bahawa Parlimen dah boleh bersidang dengan segera. YDP Agong sendiri bertitah sedemikian, bahawa tiada halangan untuk buat persidangan Parlimen dalam tempoh darurat. #BukaParlimen sekali lagi menduduki carta sohor kini, diikuti dengan demonstrasi aman di hadapan bangunan Parlimen semasa bulan puasa dulu. Siap duduk diam-diam buka puasa lagi kat sana. Rakyat dah lama meminta, merayu kat kerajaan. Namun apalah daya rakyat, sekadar bising di media sosial je mampu. Nak cari saluran betul; kat mana yang benar-benar mendengar?

Sebuah kajian tinjauan pendapat dari Invoke menunjukkan bahawa rakyat dah tak pasti dan pesimistik dengan kerajaan sekarang. Sejak Disember 2020, 37% jawab tak pasti pada soalan “sekiranya parlimen dibubarkan dan pilihan raya dilaksanakan, parti mana yang anda sokong?”. Kadar tu kemudian terus meningkat ke 51% pada Februari 2021. Ketika kerajaan PN dakwa diorang masih popular, tetapi melihatkan hasil tinjauan ni…  mungkin diorang terlepas pandang bahawa lebih ramai yang dah tak yakin pun kedua-dua blok yang ada.

parlimen bubar invoke uncharted territories
Via MalayMail

Idea kabinet bayangan dah lama dicadangkan oleh pakar penganalisis

Kabinet bayangan ni suatu idea yang biasa dan kadangkala, wajar dilakukan apabila kerajaan semasa dilihat tak cekap melaksanakan tanggungjawab diorang untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kabinet bayangan jugak boleh dijadikan suatu alternatif kepada barisan kerajaan masa ini, yang mana diorang pun boleh utarakan cadangan dasar dan polisi yang sesuai dengan keperluan rakyat. Sebenarnya, idea ni dah lama dicadangkan oleh pakar penganalisis politik terutamanya apabila melihat prestasi kerajaan yang dipersepsikan makin suram.

astro awani keratan madius anwar
Madius cabar Anwar bentuk kabinet bayangan.. -Via Astro Awani

Cadangan ni walau bagaimanapun, tampak tak berapa nak dipersetujui sangat dalam komponen PH tu sendiri. Misalnya, Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau pernah usulkan tujuh idea pembentukan kabinet bayangan untuk PH plus. Baginya, PH perlu tawarkan polisi yang konkrit kepada rakyat berkaitan pandemik, ekonomi, pembangunan lestari, kemajuan teknologi, perdamaian nasional dan reformasi institusi. Tumpuan utama jugak harus diperbaharui, iaitu berkisarkan ‘orientasi angka’ kepada ‘orientasi dasar’.

“Kita juga perlu menyediakan anggaran belanjawan enam bulan awal sebelum hari belanjawan seterusnya tiba, yang turut melibatkan pemegang taruh dan rakyat biasa. Rangkaian teknokrat dan pakar juga diharap dilibatkan sama untuk membantu merumus dan memperkemaskan dasar-dasar (kerajaan yang hendak diwujudkan),”- seperti yang dilaporkan oleh Utusan Borneo

Dua hari lepas tu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pulak berpandangan PH tak perlu wujudkan dulu kabinet bayangan untuk proses semak dan imbang. Ahli Parlimen PH diberi portfolio tertentu untuk fokus kepada subjek spesifik yang dibangkitkan di Dewan Rakyat. Secara amnya, ahli-ahli Parlimen yang pernah berkhidmat akan terus fokus kepada isu dan perkara berbangkit yang menjadi bidang tugas diorang dulu.

 

Tu cerita akhir tahun lalu. Prof Dr. Sivamurugan pada awal tahun 2021 ni pulak menyokong cadangan pembentukan kabinet bayangan PH. Saranan ni banyak keluar dari mulut para penganalisis sejak tahun lalu, misalnya Dr. Wong Chin Huat dan IDEAS sendiri. Bersih 2.0 turut menyokong usaha pembentukan kabinet bayangan, di samping menggesa kerajaan sediakan sumber dan akses untuk membolehkan kabinet bayangan ni merangka dasar, polisi yang lebih baik.

Jika dilihat, perkara ni sememangnya suatu amalan demokrasi yang sepatutnya kita julang dalam pentadbiran kerajaan. Hal pentadbiran tak sama dengan politik, malah politik jugak tidak sama dengan pencarian nak tambah kekayaan dan kuasa.

Kemudian pada 9 Mei lalu, PH umumkan 9 panel jawatankuasa yang ditugaskan secara rasmi untuk membangkitkan isu-isu berbangkit. Walaupun ia takdelah boleh disebutkan sebagai kabinet bayangan… tetapi ia hampir menyamai peranan sebuah kabinet yang sebenar-benarnya, iaitu untuk berkhidmat kepada orang awam.

Berikut merupakan beberapa portfolio yang ditumpukan oleh PH:

  • Jawatankuasa pendidikan: Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad, Teo Nie Ching, Datuk Hasan Baharom
  • Jawatankuasa kesihatan: Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Kelvin Yii, Dr. Hatta Ramli, Sim Tze Tzin, Ong Kian Ming
  • Jawatankuasa ekonomi: Wong Chen, Tony Pua, Dr. Dzulkefly Ahmad
  • Jawatankuasa keselamatan: Mohammad Sabu, Datuk Johari Abdul, Liew Chin Tong
  • Jawatankuasa gender: Fuziah Salleh, Chong Eng, Aiman Athirah
  • Jawatankuasa belia: Akmal Nasir, Howard Lee, Shazni Munir Mohd Ithnin
  • Jawatankuasa kos sara hidup: Hassan Abdul Karim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Chong Chieng Jen
  • Jawatankuasa undang-undang: Hanipa Maidin, William Leong, Ramkarpal Singh
  • Jawatankuasa mobilisasi: Mohammad Sabu, Datuk Seri Shamsul Iskandar, Steven Sim

Kami harap dengan wujudnya ‘separa’ kabinet bayangan ni, dasar dan polisi alternatif boleh dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memperbaiki semula kualiti hidup rakyat di negara ni. Cabaran pandemik merunsingkan dan merugikan sangat buat rakyat, terutamanya apabila dah semakin ramai mendesak nakkan PKP yang ketat macam tahun lalu. Desakan ni haruslah digandingkan sekali dengan pelbagai bantuan kewangan untuk mengurangkan tekanan ekonomi dan kehidupan kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *