Mengapa ramai pelajar kita lemah dalam subjek matematik? Mungkin disebabkan ‘trauma’

F1

Masa korang jadi budak sekolah dulu, pernah tak korang rasa matematik ni subjek yang susah nak skor? Walau dah banyak buat latihan pun, masih lagi tak faham-faham. Tengok kawan sebelah buat cepat je… betul semua pulak tu. Akhirnya korang pun jadi give up dengan matematik sampai tengok nombor pun jadi pening. Sebenarnya bukan korang je yang rasa macam tu. Benda ni wujud, dan ia menjadi masalah ‘senyap’ yang menganggu kefahaman pelajar terhadap matematik.

Matematik Masalah
Via ProProfs

Trauma matematik berlaku kerana banyak sebab, salah satunya kerana ibu bapa…

Math trauma, atau diterjemahkan sebagai ‘trauma matematik’ ni boleh buat seseorang pelajar tu rasa tak nak mengira sebab takut salah dan tak faham apa sebenarnya tu matematik. Secara mata kasarnya, orang ingat matematik tu setakat kiraan je. Tapi tak ramai sedar bahawa proses nak buat keputusan (termasuklah nak guna kiraan), tetap perlukan satu tahap keyakinan terhadap diri bahawa dia boleh buat benda tu.

Orang yang alami trauma matematik ni biasanya akan percaya bahawa mereka ni bukan ‘otak matematik’. Haa… ni lah antara mitos orang yang membataskan keupayaan kendiri mereka nak belajar matematik. Beberapa alasan lain yang korang mungkin kenal atau pernah dengar adalah “tak pandai mengira dengan cepat” dan “tak faham prosedur atau jalan kira”.

Via Giphy

Alasan-alasan macam ni sebaliknya, jadi petanda kelemahan pengajaran matematik. Nak bina kemahiran mengira matematik tak sepatutnya ditentukan dengan betapa cepat korang mengira. Nak bina kemahiran mengira ni pun perlu proses nak bagi kenal nombor dan operasinya terlebih dahulu. Sebab tulah bila korang masuk sekolah, guru-guru zaman dulu dah takde masa nak fokus kat tahap kemahiran mengira seseorang pelajar sebab nak kejar silibus.

Ibu bapalah yang berperanan penting untuk bina kefahaman tu terlebih dahulu kat rumah. Ramai ibu bapa dah awal-awal hantar anak-anak mereka ni ke kelas-kelas matematik, manakala ada pula yang ajar sendiri kat rumah. Motivasi, dorongan dan respon para ibu bapa serta ahli keluarga terhadap proses bina keyakinan diri anak-anak di rumah amat penting. Bina keyakinan diri pun penting, bina keyakinan nak mengira matematik pun penting.

Via Giphy

Masalah tak faham matematik di Malaysia, bukan sekadar pada bahasa…

Sejak isu PPSMI ni hangat kembali, kami pun dah tulis sikit hujah kelompok yang sokong PPSMI dan kelompok yang bantah PPSMI ni. Pandangan kami untuk memperkasakan Dual Language Program (DLP) pun turut dikongsi oleh Prof. Dr. Zuhaimy Ismail, seorang profesor Matematik yang berpengalaman mengajar matematik selama 36 tahun.

Menurutnya, banyak kajian menunjukkan bahawa PPSMI adalah polisi yang gagal meningkatkan kefahaman murid dalam pengajaran sains dan matematik. Kalau korang belek pun kebanyakan jurnal ilmiah mengenai pendidikan matematik, masih banyak isu penguasaan ilmu matematik ni yang perlu diselesaikan.

Via Giphy

Antara artikel ilmiah yang menarik perhatian kami adalah pembangunan ilmu matematik sebagai bahasa. Ni lah yang sepatutnya kita fokus; membina dunia ilmu matematik kita sendiri dan tak semata-mata pinjam je arus keilmuan dari tamadun lain. Artikel bertajuk “Matematik sebagai Satu Bahasa” oleh Tengku Zawawi bin Tengku Zainal menunjukkan bahawa kita boleh membina perbendaharaan kata sendiri seterusnya mudahkan para pelajar faham lebih cepat.

“Meskipun banyak buku-buku ilmiah sains dan matematik adalah buku dalam bahasa Inggeris tetapi ia boleh diterjemahkan dengan terminalogi yang betul. Pengolahan terminologi (istilah) yang baik dan jelas akan menjadikan pemahaman pelajar lebih mantap hingga menguasai ilmu kedua-dua subjek itu dengan baik,” – Prof. Dr. Zuhaimy Ismail, seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Gazette pada 8 Februari 2020

Shaharir Sains Matematik
Antara tokoh matematik Melayu yang kita ada kini. Sedang membangunkan kajian falsafah logik Melayu. Via Carousell

Kami tertanya jugak, sampai bila kita nak terus pandang ke belakang dan kutip kembali polisi yang tak menjadi? Banyak lagi masalah yang boleh kita fokuskan selain penukaran bahasa. Salah satunya adalah kemungkinan wujudnya masalah trauma matematik macam yang kami cakap tadi. Namun oleh sebab tak ramai orang tahu, perasan dan sedar bahawa mereka mengalami trauma matematik, benda ni akan terbawa-bawa ke generasi seterusnya.

Cara nak bangunkan keyakinan mengira kenalah bermula dari rumah…

Tak macam kemahiran berbahasa yang dipupuk secara informal, kemahiran mengira ni memang jarang nak ditekankan sebab bagi segelintir ibu bapa, belajar matematik ni mesti kena ada buku dan kena menulis atau selesaikan sesuatu. Namun begitu, kadangkala ibu bapa sendiri pun takde masa nak duduk dan ajar anak-anak ketika buat kerja rumah. Sebaiknya hal ni tak harus mengekang ibu bapa dan anggota keluarga yang lain nak bina sifat suka belajar kat rumah.

Semangat macam ni yang kita nak…Via Giphy

Ada beberapa cara korang boleh ajar anak-anak di rumah secara tak langsung. Bahkan, cara ni lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Yang penting, mereka faham konsep dan mampu membina keyakinan untuk berani mengira serta tak mudah putus asa jika salah. Antara benda korang boleh cuba:

1. Guna alam sekeliling sebagai cara nak bina semangat ingin tahu dan rajin mengira. Korang boleh mulai dengan soalan-soalan mudah menggunakan objek yang boleh dilihat, dan perlahan-lahan gunakan soalan penyelesaian masalah dengan contoh berkaitan kehidupan seharian.

2. Kalau korang didekati dengan soalan matematik sebagai kerja rumah atau latihan, cuba jawab bersama mereka atau usahakan soalan tersebut bersama mereka. Salah atau tak, lain cerita. Yang penting, mereka rasa matematik ni ‘berguna’. Macam kami katakan tadi, biasanya orang yang membesar dengan trauma matematik ni dahpun terima signal bahawa kemahiran matematik ni tak penting pun sebab takde orang kat rumah tu kisah.

Elakkan jawab begini ye…Via Giphy

3. Izinkan mereka guna cara kiraan yang lain dari korang. Mungkin pada zaman korang, cara tu berkesan untuk kefahaman korang. Tapi boleh jadi cara korang kira tu bukanlah cara yang mudah bagi anak atau adik korang. Benda ni antara punca ramai orang ingat bahawa konsep dan pengoperasian matematik ni cuma satu je, sedangkan dunia matematik takdelah sesempit tu.

Masalah pendidikan bukan hanya urusan kerajaan, ia urusan semua pihak…

Sekarang bila dah masuk dekad baharu, banyak perubahan yang dah berlaku kat sistem pendidikan. Ada yang diterima baik oleh masyarakat, dan ada jugak yang dijadikan bahan politik pulak. Kalau korang ingat lagi, isu tulisan Jawi dan bantahan Dong Zhong tu dikatakan sebagai ‘Cina benci Melayu’. Ramai dah mulai sedar bahawa sistem pendidikan adalah tanggungjawab semua, dan tidak lagi hanya terpekung kat tangan Menteri Pendidikan je.

Via Giphy

Oleh sebab tulah, kami rasa kajian-kajian isu masalah dalam pembelajaran Matematik tu wajar diteliti semula berbanding nak angkat polisi pendidikan sendiri. Prestasi para penyelidik tempatan kita pun dah ramai yang setaraf dengan para penyelidik antarabangsa. Siap ada lagi yang mengetuai penyelidikan, dan menang anugerah lagi. Apa yang kami tulis ni pun wajar diteliti jika ia boleh disebut sebagai salah satu faktor utama hilangnya minat para pelajar terhadap aliran sains dan matematik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *