Masalah tekanan ni boleh dihadapi oleh semua orang, tanpa mengira umur dan latar belakang. Lebih-lebih lagi dengan zaman yang serba mencabar ni; kos sara hidup, harapan keluarga, tekanan kerja dan macam-macam perkara mampu buatkan kita rasa macam nak tumbuk muka seseorang sebab tertekan. Kami tahu para pembaca setia kami mungkin berhadapan dengan masalah stres ni, oleh sebab tu kami bawakan beberapa tips yang boleh bantu korang untuk hilangkan stres. Apa yang paling penting tentang stres ni, korang jangan putus harapan sebab setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan keluar. Bunyinya macam penceramah motivasikan? Takpe, biar bunyinya klise tapi tipsnya berkesan gitu…
1. Luahkan pada seseorang, masalah ni bukan untuk dihadapi sendiri..
Kami faham je yang ada sesetengah masalah tu mungkin agak memalukan untuk diluahkan pada orang lain. Tapi dalam hidup ni, mesti kita akan ada orang yang kita percayakan? Tak kiralah kawan atau keluarga, cuba cerita dengan diorang. Bercerita pada seseorang memanglah tak akan menyelesaikan masalah korang sepenuhnya, tapi ia dapat kurangkan beban masalah yang korang tengah hadap.
2. Kalau segan sangat nak berborak, cuba try minum jus buah-buahan…
Kalau rasa dah malu sangat nak borak masalah dengan orang lain, korang boleh cuba untuk minum jus buah-buahan seperti oren, mangga, tembikai atau tak kisahlah buah apa pun. Benda ni kerana minuman berjus merupakan salah satu aromaterapi, buah-buahan tu menghasilkan bau yang menyegarkan dan membantu korang untuk berfikir. Jadi, minumlah jus buah-buahan kerana jus bukan sahaja sihat tapi mengurangkan stres korang! Kalau stres tu tak hilang, sekurangnya-kurangnya korang dapat minum minuman yang sihatkan?
3. Korang juga kena belajar untuk berehat, hidup ni bukan untuk kerja je…
Keletihan adalah salah satu punca stres. Dalam keadaan badan yang letih, minda anda tak dapat berfikir dengan baik. Benda ni akan buat kawalan badan dan minda yang kurang. Purata jangka masa tidur yang sesuai untuk orang dewasa ialah 4 hingga 6 jam. Kami tahulah kos sara hidup kadang-kadang buatkan seseorang tu terpaksa buat sampai 4-5 kerja, tapi badan yang tak dapat rehat yang cukup berkemungkinan akan mengalami masalah kesihatan.
4. Ambil masa dan jarakkan diri dari masalah, kadang-kadang bersendirian sebentar tak salah
Buat satu jadual perancangan dalam menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Ambil sedikit masa untuk relaks. Kalau perlu, jarakkan diri korang dari perkara yang buatkan korang stres seperti berjumpa dengan orang yang korang tak suka atau kerja. Dalam kata lain, korang perlu mengasingkan diri dan memerlukan masa untuk bersendirian supaya stres anda dapat dikawal.
5. Cuba uruskan diri anda dengan lebih teratur, pastikan rumah korang tersusun dan bersih
Apa yang penting adalah untuk pastikan persekitaran korang kemas dan bersih. Suasana sekeliling yang serabut dan kelam-kabut buatkan minda korang kacau bilau. Susun perabot korang dengan teratur dan pastikan barangan bersih, supaya korang mudah berfikir dan menyelesaikan tugasan yang ada. Kalau korang ada banyak perkara yang perlu diselesaikan, rancang tugas dan utamakan keperluan yang penting dulu. Ada baiknya korang sediakan buku perancang (planner) supaya tugas yang korang nak selesaikan tu dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.
6. Senaman ringan, bersenam ni baik untuk kesihatan badan dan minda…
Korang boleh jugak lakukan senaman ringan seperti gerakkan badan, menari, menghentak kaki dan apa jua jenis senamanlah. Senaman ringan ni boleh lancarkan peredaran oksigen dalam badan ke otak dan mampu mengurangkan stres. Selain tu, cuba gerak-gerakkan badan sambil menari dengan lagu kegemaran korang. Perkara ini bukan saja menghilangkan stres, tapi menyeronokkan juga.
7. Ekspresi, cuba luahkan tekanan korang dalam bentuk lain…
Ekspresikan tekanan korang dalam bentuk tulisan seperti pada buku, jurnal, diari, atau apa jua bentuk seni. Dengan cara ni korang dapat meredakan rasa stres dengan terkawal. Apabila selesai menulis, buang semua tulisan ‘negatif’ tu supaya korang tak akan membacanya lagi, sebab ia akan menambah semula stres korang. Kalau korang menulis benda-benda yang positif dan menyegarkan, korang boleh je terbitkan hasil seni tu. Dengan menulis, fikiran korang akan jadi tenang dan terkawal. Ekspresi perasaan boleh juga dalam bentuk nyanyian, atau tarian.
Kalau dah stres sangat sehingga boleh sebabkan masalah kesihatan mental, cuba jumpa pakar…
Kami harap tips yang kami dapat berikan ni bolehlah bantu korang untuk hadapi apa jua masalah yang korang tengah hadapi, hidup ni kalau tak ada masalah memang akan ‘bosan’. Masalah yang ada akan memberikan kita kekuatan dan kematangan dalam kehidupan. Cuma, kalau korang rasa – masalah yang ada di dalam dada sudah tak tertahankan, sampai tahap nak bunuh diri, kami cadangan korang jumpa pakar. Korang juga boleh gunakan artikel ni sebagai panduan untuk dapatkan bantuan.