Ketika hotel lain tengah kosong, hotel di Switzerland ni jadi tumpuan ramai

F1

Tak hairanlah, antara industri pertama yang tergugat dahulu adalah industri pelancongan dan perhotelan. Kebanyakan negara dah mulakan proses menangani pandemik COVID-19, jadi mereka pun akan tutup sempadan negara mereka dari kemasukan para pelancong luar. Lepas tu, rakyat pun disuruh duduk diam dalam rumah.

Via Giphy

Tapi lain pula ceritanya dengan sebuah hotel ni… bila orang dah makin takut, makin ramai pulak yang berminat nak tinggal dalam hotel tersebut walaupun terpaksa membayar wang yang banyak. Apa rahsianya?

Hotel apartment sediakan jual pakej kuarantin mewah untuk yang mampu, tanpa perlu berhubung dengan pekerja…

Sebuah hotel di Switzerland, Le Bijou sedar bahawa penularan wabak virus COVID-19 ni suatu perkara yang boleh menjejaskan sektor perhotelan dan pelancongan di benua Eropah. Setakat ni pun, beberapa negara Eropah seperti Itali mengalami situasi kesihatan yang meruncing dengan pertambahan kes yang meningkat setiap hari.

Le Bijou Hotel
Jangan tengok luaran je.. ramai tak jangka betapa mewahnya kat dalam tu…Via Dailymail

Kalau korang tengok dari luar, hotel tu takdelah nampak megah dan mewah sangat pun. Namun begitu, sebelum wabak COVID-19 ni merebak, mereka dah jadi pilihan beberapa tetamu ternama seperti Steve Wozniak, pengasas Apple dan kerabat diraja Arab Saudi.

Konsep hotel ni jugak gunakan konsep apartmen-hotel, atau seperti yang diperolehi dari laman web rasmi Le Bijou, “apart-hotel”. Mungkin kita rakyat marhaen ni boleh gelarkannya sebagai hotel Airbnb mewah ler…

Le Bijou Bilik
Wow cantiknya…Via Dailymail

Oleh sebab tulah, mereka dah mula tawarkan ‘pakej kuarantin’ iaitu yang dinamakan sebagai ‘Pakej COVID-19’ kepada sesiapa je yang berkemampuan. Dalam ‘Pakej COVID-19’, mereka jamin sebarang perkhidmatan dalam hotel akan diberikan secara contactless.

Le Bijou memiliki sebanyak 42 unit, dimana setiapnya dah lengkap dengan dapur, sauna, jakuzi dan gimnasium peribadi.

Gimnasium Peribadi Bijou
Tinggal lama pun masih boleh bersukan…Via Insider

Selain tu, Le Bijou sediakan aplikasi pintar; para klien hotel boleh je pesan apa-apa yang mereka nak. Kalau nak masakan dari tangan chef peribadi, boleh je. Nak minta beli buah-buahan dan sayuran? Boleh je! Semua di hujung jari…

Ada klinik saringan sendiri, tak perlu berbaris di hospital kalau nak buat uji status kesihatan diri…

Le Bijou turut menyediakan servis klinik saringan dalam hotel. Tak perlu keluar jauh-jauh hingga ke hospital dah lepas dah ambil ujian saringan ni, cuma perlu tunggu je untuk keputusan. Kalau tak nak saring, tapi sekadar nak ubat untuk demam biasa, klinik ni boleh buat rawatan biasa-biasa.

Contoh Test Covid
Contoh ujian guna mesin mewah…Via Dailymail

Mereka pun ada doktor peribadi atas kerjasama dengan klinik swasta lain, di samping penjagaan rapi 24/7 oleh barisan jururawat yang terlatih. Jadi masa waktu kuarantin tu, mereka dah ada segalanya tanpa perlu keluar lagi dari hotel apartmen Le Bijou.

Alexander Hubner, pengasas bersama dan Ketua Eksekutif Le Bijou dengan gembiranya berkongsi bahawa biasanya, klien akan pilih untuk tinggal 2 malam hinggalah ke 2 minggu. Sudah pastilah kan, sebab tak ramai dah yang berani nak pulang ke negara asal.

Swiss Hotel
Pemandangan pun tenang je…Via Insider

Ditambah lagi, ada jugak sebahagian dari tetamunya hanya singgah bermalam dan tak dapat pulang ke negara asal disebabkan penutupan sempadan. Perkara ni pun tak mustahil jugak sehingga memerlukan campur tangan kedutaan hanya untuk memohon perlepasan keluar dari negara lain. Kita pun pernah buat macam tu ketika nak bawa balik warganegara kita di Wuhan dulu.

Menurut The Insider, kadar pakej tersebut untuk tempoh 14 hari adalah sebanyak $77,500. Walau bagaimanapun, tu boleh dikatakan anggaran pakej je lah sebab menurut Alexander Hubner; pakej COVID-19 boleh diubah suai ikut kemampuan klien.

Via Giphy

Idea ni jadi tarikan hotel kat Australia manakala Persatuan Hotel Malaysia kata bantuan tak capai jangkaan…

Pakej kuarantin ni boleh dikatakan sebagai idea yang baik jugaklah selagi pihak hotel mengambil langkah berhati-hati dan selalu cakna terhadap prinsip utama supaya takdelah jadi sarang penularan virus pulak. Idea ni nampaknya turut menjadi ikutan beberapa hotel di Australia.

Misalnya, Novotel Sydney Brighton Beach tawarkan diskaun sebanyak 40% jika korang tempah hotel tersebut sehingga 14 hari dimana mereka pun turut amalkan kaedah contactless dengan para pekerja hotel. Kalau nak tukar tuala ke apa ke.. klien hotel hanya perlu tinggalkan je depan pintu.

Novotel Brighton Beach
Novotel Brighton Beach Sydney…Via Booking.com

Kawasan hotel khususnya kawasan bilik sentiasa dibersihkan dan dinyahkumankan sebagai cara nak pastikan takde virus yang berpotensi boleh menjangkiti klien seterusnya.

Setakat ni kat Malaysia, kami tak dengar lagi sebarang hotel yang ada tawarkan ‘pakej kuarantin’ macam Le Bijou walaupun industri perhotelan bukanlah sebahagian dari perkhidmatan yang diarahkan tutup sepenuhnya dalam proses pelaksanaan PKP.

Concorde Hotel Kl
Walaupun dibenarkan beroperasi, kolam renang dan spa tak boleh dibuka…Via Booking.com

Banyak je kelompok yang tak puas hati dengan pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan. Artis misalnya minta wujudkan bantuan khas, manakala Persatuan Peniaga Bumiputera kata masih belum cukup lagi. Kali ni, Persatuan Hotel Malaysia pun kata bantuan ‘kurang dari jangkaan’.

“Peruntukan RM250 bilion menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat memang sangat menarik. Tetapi industri yang terjejas secara langsung akibat wabak Covid-19 memerlukan lebih lagi,” – Kamaruddin Baharin, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today pada 27 Mac 2020

Via Giphy

Kerajaan perlu dengar rintihan kelompok pemain industri, mereka jugak sebahagian dari rakyat…

Kami pun gembira bila rakyat gembira dapat BPN. Ramai yang boleh menikmati manfaat bantuan kewangan khususnya untuk kelompok keluarga B40 dan M40. Tetapi dari satu segi, kerajaan masih perlu dengar dan teliti cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pemain industri ni sebab mereka pun sebahagian dari rakyat kita jugak.

Bahkan, mereka turut menjadi majikan kepada sebahagian rakyat kita yang lain. Dalam industri perhotelan dan pelancongan pada Tahun Melawat Malaysia 2020, sudah pasti hotel-hotel terutamanya inap desa dah rugi banyak disebabkan COVID-19 ni.

Hotel Mah Kaunter Covid
Via FMT

Bila kita bantu pemain industri, kita secara tak langsung dapat membantu kelangsungan pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Memandangkan hotel-hotel pun taknak tanggung rugi, sebahagian daripadanya terpaksa berhenti operasi dan pada masa yang sama, mengugat sumber kewangan pekerjanya.

Kerugian ni tak hanya berlaku dalam peringkat aliran kewangan je. Kadar jenayah khususnya pecah bangunan hotel yang tak beroperasi dah semakin menjadi-jadi walaupun di musim PKP ni. Para pemilik hotel bajet ni pun turut rugi dari segi harta benda dan keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *