Peranan intelektual Usman Awang yang harus dihargai oleh semua rakyat Malaysia

f1

Sempena bulan Julai ni, kami nak mengenang kembali salah sorang tokoh negara kita. Bukan tokoh politik ye, sebaliknya tokoh sasterawan kita sendiri. Usman Awang ni sebati dengan semangat kerakyatannya dengan pelbagai karya yang ditukanginya sepanjang tempoh hayatnya. Pesan-pesan pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil sebenarnya semakin penting pada hari ni. Ye, hari ni… ketika kita tengah hadap krisis kesihatan dan politik yang cukup membimbangkan.

728 X 90

Salah satu makalahnya dijudulkan sebagai ‘Peranan Intelektual’, dan pernah disyarahkan kepada para pelajar Malaya dan Singapura di Malaysia Hall, London di bawah anjuran London Union of Malaysian Students (LUMS) pada 25 Mei 1970. Menariknya, intipati pesan Usman Awang masih terus relevan terutamanya pada tempoh rakyat tengah marah dan menuntut keadilan daripada para penguasa. Kami ringkaskan pesan-pesannya, dan meminjam semangat untuk terus bertanya hak kita kepada orang-orang politik ni.

usman awang
Ni lah dia Usman Awang.. Via FMT

Intelektual tu ada dalam diri kita semua, dah tak perlu kira soal tahap dan taraf pendidikan

Bila kita sebut istilah ‘intelektual’, kita selalu fikirkan pasal ilmuwan yang selalu mengkaji dan menulis hal-hal berat. Kalau takpun, mestilah sorang yang kita boleh gelar sebagai pakar dalam sesuatu bidang. Namun bagi Usman Awang, intelektual ni sebenarnya digantungkan pada sikap diorang… bukan pangkat diorang. Apa guna ada PhD kalau berfikir tentang hal-hal rakyat pun tak reti, ye dak?

Ada empat sikap yang melayakkan seseorang tu boleh dipanggil intelektual;

  • orang yang ada ilmu pengetahuan dan fikiran yang sentiasa nak kembangkan ilmunya sesuai dengan keperluan zamannya.
  • orang yang sentiasa berfikir dan terus sumbangkan dan kembangkan ideanya
  • orang yang gunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk kaji, analisis, rumuskan perkara dalam hidup, terutamanya daripada masyarakat dan alamnya, dan tegakkan kebenaran tersebut.
  • orang yang kenal kebenaran dan memperjuangkannya, tanpa mengira ancaman dan tekanan yang dihadapinya terutama sekali bila menyentuh soal kebajikan, kemajuan dan kebebasan rakyat.
buka puasa buka parlimen3
Via The Vibes

Usman Awang tanya lagi, apa pendirian sebenar intelektual? Salah satu kewajiban intelektual adalah diorang mesti tak benarkan penindasan berlaku dalam apa-apa bentuk sekalipun terhadap manusia oleh manusia. Peranan intelektual yang sebenar adalah mengenal masyarakat dan sistemnya dengan sedalam-dalamnya, melihat dengan kritis segala sebab dan akibat.

Kita kena faham apa yang rakyat nakkan, dan apa yang rakyat perlukan, dengan bahasa rakyat. Maksudnya, tak payahlah pakai jargon memanjang apabila kita nak berbincang soal rakyat. Dalam maksud Usman Awang juga, janganlah pulak terlalu meringkaskan hal penting hingga membawa kepada kefahaman yang lain pulak… macam menyuruh rakyat minum air suam, atau suruh wanita berlagak macam Doraemon.

Via Giphy

Salah satu teguran Usman Awang jugak adalah terhadap sesetengah intelektual yang rajin masuk ke politik. Diorang ni banyak idea dan teori, tapi tak sanggup dan tak mampu praktikkannya. Diorang bercita-cita nak tolong rakyat dengan masuk politik, sebaliknya terus terjepit. Bila dah masuk parti politik, kalau bertentangan dengan pendirian awalnya pun, tak ramai berani bersuara sebab takut kena buang. Ada jugak yang berkeinginan untuk jadi popular dalam kalangan rakyat, lalu masuklah diorang ke parti politik dengan harapan dapat jadi terkenal.

Selain tu, Usman Awang jugak menegur golongan kayangan ni. Baginya, kita cuma boleh anggap seseorang tu ‘malas’ apabila diorang dah dapat segala kesempatan, peluang, bantuan dan kemudahan lain.. namun gagal majukan diri sendiri. Memajukan diri sendiri tu tak hanya bermaksud nak buat duit je… sebaliknya diorang kenalah tingkatkan fikiran diorang untuk turun membantu rakyat yang takde apa yang diorang ada.

isteri nazri aziz perancis
Keluhan sorang warganet pasal isteri MP jenjalan di Perancis masa rakyat pulak tengah PKP.. -Via Asamboi.net

Malang sekali, selalunya yang dok bising tentang rakyat bukanlah golongan kayangan. Walaupun diorang diberikan banyak peluang dari segi pendidikan dan pekerjaan, diorang masih tak sumbangkan hasil peluang diorang kepada rakyat jelata. Golongan marhaen biasa jugaklah yang rajin bising dan mendesak kerajaan untuk ambil cakna pasal isu rakyat yang memerlukan. Barangkali benarlah kajian sains dulu; duit mampu buat ramai orang pentingkan diri.

Rakyat kini berperanan sebagai intelektual, mendidik diri dan masyarakatnya untuk buat benda yang betul

Macam Usman Awang kata awal tadi, ‘intelektual”; tidak bermakna orang tu kenalah datang daripada tahap pendidikan tertinggi. ‘Intelektual’ ni ada kepada sesiapa je yang mempunyai akal, kefahaman dan kesedaran yang tinggi tentang apa yang berlaku kepada masyarakatnya. Mengimbau kejadian lalu, terlalu banyak bukti di mana rakyatlah yang banyak menggerakkan ‘penyelamatan’ kepada sekelompok rakyat yang lain.

Via Giphy

Pelbagai kempen muncul di media sosial untuk buatkan orang sedar tentang kesulitan rakyat khususnya semasa PKP. Contoh baru-baru ni, kempen #KitaJagaKita, #BenderaPutih dan #KamiMintaLima. Kerajaan dilihat gagal selamatkan rakyat, ditambah lagi dengan krisis politik yang masih belum selesai walaupun tengah darurat. Kena tunggu rakyat desak, baru kerajaan tunaikan. Macam pahat dengan penukul… kena ketuk barulah bergerak.

Dalam kempen-kempen ni jugak, tak putus bantuan daripada rakyat, kepada rakyat. Pada masa yang sama, tekanan daripada rakyat menerusi media sosial terus berlangsung. Kalau nak guna “saluran rasmi” sepertimana MB Kedah nyatakan, ada segelintir rakyat tak yakin dah dengan kecekapan pihak berkuasa untuk bantu sesiapa yang memerlukan. Maka munculkan inisiatif rakyat sendiri untuk bantu rakyat dalam kempen #BenderaPutih seperti Kitajaga.co. Ramai nampaknya yang dah memanfaatkan (dan ada jugak melaporkan cuba salahguna) inisiatif tersebut.

doc7gjqz0d2681qxm1m6f0
Aplikasi yang dibangunkan untuk mudahkan orang minta bantuan atau nak beri bantuan.. -Via The Star

Malah, tekanan yang ‘dialihkan’ daripada rakyat kepada rakyat ni turut terkumpul lalu menjadikan semua yang bersikap pro-rakyat boleh dianggap sebagai intelektual. Asal ada ketidakadilan atau masalah yang menimpa sekumpulan lain, seperti isu kematian mahasiswa yang dikatakan akibat stres belajar atas talian, ramai turut bersimpati dan desak pihak universiti untuk menambahbaik sistem diorang agar kejadian seperti tu tak berlaku lagi.

Rakyat dah jadi aktivis tak berbayar, sukarelawan tak didendangkan, pemikir berlatar pelbagai bidang dan pengalaman untuk utarakan banyak solusi kepada kerajaan. Dalam tempoh pandemik ni jugak, kita melihat ramai intelektual politik ‘diikat’ lidahnya dengan ayat-ayat bombastik yang mengelirukan sebab nak menangkan parti politiknya. Ni pun termasuklah jugak dengan para ‘penunggang agama’, dan para ‘ilmuwan’ Islam yang menggunakan hujah agama demi politik.

nik abduh bendera putih
Via Malaysia Dateline

Usman Awang dah kupas tentang sikap, pendirian terhadap rakyat sejak 51 tahun yang lalu. Namun ia masih relevan untuk dinilai, dipertimbangkan pesan-pesannya untuk kegunaan generasi pada hari ni demi menyelesaikan masalah rakyat. Ternyata ilmuwan kita jugak hebat macam ilmuwan negara lain sezamannya, seperti Pramoedya Ananta Toer yang selalu diangkat bicara ideanya dalam hal-hal semasa di Indonesia. Maka kali ni, kami pun nak buat apa Indonesia selalu buat kepada gagasan pemikiran tokoh-tokohnya; diangkat daripada lembaran buku, dikibar untuk menguatkan semangat rakyat di saat lemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *