Mengenang setahun kita melawan Covid-19, ada yang kata ia bukan dari China

F1

Kini dah genap setahun kita berada dalam perang melawan virus COVID-19 yang meratah jutaan nyawa. Pada akhir tahun 2019, kita sendiri melihat lonjakan kes pesakit pneumonia di China. Kami ingat lagi masa tu, tak ramai yang boleh meramalkan tu rupanya tanda hidup kita akan berubah gaya dan caranya. Kita menantikan 2020 dengan kereta terbang, ye lah membesar pun dengan idea Wawasan 2020 kan. Rupanya pandemik yang datang.

728 X 90

Sehingga Januari lalu, ramai yakin Chinalah pusat kelahiran COVID-19 ni. Bila kita tengok sendiri pun, nampak sangat ia bermula dari China. Walau bagaimanapun, China menafikan perkara ni. Boleh jadi je ia sebenarnya dah wujud pada 2019 tapi kita tak perasan. Kita cuma perasan apabila ada orang mati secara ‘misteri’ je dalam jumlah yang banyak.

Mask Covid
Siapa sangka, pelitup muka jadi aksesori wajib pada 2020.. -Via Forbes

Mengimbau sejarah virus Wuhan, daripada koronavirus sehingga diisytiharkan pandemik secara rasmi

Walaupun baru setahun, kami pulak rasa macam dah lama sangat kita berperang dengan virus COVID-19. Kita dah tak fikir lagi nak bincang sangat pasal virus, tapi kita mula fikir pasal macam mana nak kawal pergerakan rakyat sambil berusaha nak ‘roll-out’ vaksin dan kawal jugak perangai geng anti-vaxx ni. Namun begitu, kami rasa tak salah andainya kita nak imbau sikit cabaran dan pengalaman kita ni macam sorang penulis Inggeris, Daniel Defoe buat semasa wabak besar bubonik pada 1665.

Di Malaysia, cabaran pertama kita adalah mengenai kemasukan pelancong China. Kita takdelah menghalang mereka melancong di negara kita, tetapi pada Januari 2020 tu, Wuhan dikatakan sebagai ‘ground zero’. Kita mulai membawa pulang rakyat kita dari Wuhan. China mencatatkan 17 kematian dengan laporan kes jangkitan lebih 500. Di tanah air, kita berdebat sama ada nak tutup sempadan ke terus buka jugak. Bagi Dr Mahathir, tak perlu tutup dahulu sebab belum serius.

Tinjauan Covid 19 Klia
Tinjauan Harian Metro di KLIA pada Mac tahun lalu.. Via Harian Metro

Kemudiannya, kita pun memutuskan untuk tutup sempadan negara dan tak menerima para pelancong. Keputusan ni disokong rakyat, dan ia turut dilakukan oleh lebih banyak negara. Cabaran kedua kita adalah nak jejak kontak rapat kluster-kluster yang dikenalpasti pada waktu tu iaitu kluster pelancong China (yang ni dah lama sembuh ye dan lebih awal dikawal), kluster ‘pesakit 33’ yakni pengerusi Khazanah ketika tu yang baru balik dari Shanghai serta kluster tabligh Sri Petaling. Yang terakhir tu lebih besar berbanding yang dua terawal kami sebut.

Cabaran ketiga kita datang selepas kita memperkenalkan konsep ‘semi-lockdown’ untuk kawal penularan COVID-19. Sekarang kita dah kenal sangat tiga huruf ni: PKP. Pada waktu ni, ia dah diisytiharkan sebagai pandemik apabila hampir seluruh pelusuk dunia melaporkan ada kes jangkitan. China mendominasi laporan kes paling tinggi, seterusnya beberapa minggu tu, Itali pulak antara negara yang teruk terjejas. Media bersatu memberi informasi tepat bagaimana jangkitan boleh tersebar dan bagaimana nak putuskan rantaian jangkitan.

PKP pertama yang huru-hara, rakyat jugak yang sengsara dan mulai tak percaya dengan kepimpinan negara

PKP pertama kita agak ‘huru-hara’, kalau nak pernyataan jujur dari rakyat. Dengan ‘operasi’ pertukaran kerajaan pada akhir Februari 2020, rakyat bingung dengan arahan tak jelas serta kurang teratur daripada menteri-menteri khususnya MKN sendiri. Pakej ekonomi harus dirancang segera, lantaran tekanan kewangan akan mencekik rakyat. Pada Mac 2020, Parlimen ‘ditidurkan’ sementara. Susulan kegagalan merancang bantuan segera, kita melihat golongan terpinggir merayu minta sumbangan makanan untuk hidup.

Kita cuba membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat pada bulan Mei. Walaupun begitu, salah satu sektor ekonomi yang dianggap penting oleh kerajaan pada masa tu adalah kedai perkhidmatan gunting rambut. Sesiapa yang ingkar PKP pulak akan ditahan serta dikhuatiri terus masuk rekod penjara, menghitamkan masa depan ramai yang didakwa ingkar PKP. Aktiviti politik terus merumitkan masalah, daripada double-standard orang kayangan dengan rakyat sampailah ke PRN Sabah.

Kluster Menteri
Menteri, manusia kebal di Malaysia? Via Twitter

Habis PRN Sabah, kes jangkitan kita terus mencanak naik. Ditambah lagi dengan kluster pekerja asing, dah tiba masanya untuk kita rencanakan semula polisi kebajikan terhadap pekerja asing. Rakyat pulak tengah risaukan banyak perkara – daripada isu kerja dan pengangguran, tekanan kewangan, tekanan mental dan tekanan belajar online. Ni cabaran kelima kita. Cabaran keempat kita adalah perangai sesetengah ahli politik yang rasa diri tu lebih layak, lebih atas, lebih istimewa daripada rakyat lain.

Strategi kesihatan kita mudah saja, kita akan saring dan uji ubat apa yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19. Negara-negara maju sudah bersedia nak mula cipta vaksin, dengan Rusia mendahului. Kita terbuka menerima kit saringan daripada Korea Selatan dan China, begitu jugak dengan mana-mana vaksin yang dianggap dah sedia untuk dibeli. Walaupun Rusia yang buat sidang media dulu, akhirnya vaksin Pfizer jugaklah pertama kita jangkakan akan sampai ke Malaysia.

Pfizer Biontech Vaksin
Vaksin dijangka tiba pada 26 Februari ni.. -Via Facebook

Sementara tunggu lebih banyak vaksin siap, WHO kembali semula ke China kaji semula virus COVID-19

Ketika ni, kita sedang tunggu program vaksin dijalankan. Kat Israel, mereka mendabik dada kata terpaling laju nak bagi vaksin sedangkan Palestin terbiar je. Tunggu diancam komuniti antarabangsa barulah bagi kat rakyat Palestin. Sementara kita tunggu vaksin diedarkan secara berperingkat, WHO pulak kembali semula ke China. Sebenarnya dah lama WHO cuba buat kajian lanjut mengenai kelawar; betul ker virus COVID-19 tu dari kelawar di gua kat Yunnan?

Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19. Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Wuhan Institute Of Virology Main Entrance
Via Wikidata

Dua pakar epidemiologi di China gesa agar WHO tak hanya membataskan lingkup kajian tu ke China je. Boleh jadi asal usul virus tu tak hanya berlaku di wilayah Hubei tu je. Begitu jugak dengan dakwaan kononnya virus COVID-19 tu terlepas dari makmal Institut Virologi Wuhan (WIV), sebab ia adalah kemudahan berpiawai tinggi. Munculnya dakwaan tu mungkin kerana orang bayangkan ia macam kat filem zombie atau berkait dengan wabak.

“Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga perlu melakukan penyelidikan sama di negara lain. Mereka perlu menetapkan garis masa untuk mendapatkan sampel darah daripada pesakit yang mengalami pneumonia pada 2019 bagi mengesan mana-mana situasi mencurigakan”, – Zeng Ghuang, Ketua Ahli Epidemiologi CDC China, seperti yang dipetik dalam Sinar Harian

https://youtu.be/hAAfiQ0W7S8

Pasukan yang terdiri daripada 13 orang pakar dah dihantar oleh WHO pada awal Februari lalu, dan dijangka akan membentangkan beberapa senario yang mungkin berlaku. Ketua pasukan tersebut, Peter Ben Embarek kata siasatan mereka barangkali belum dapat memberikan pemahaman jelas terhadap asal-usul wabak tersebut. Kita boleh kata ianya daripada kelawar, namun dari mana pulak kelawar tu boleh dapat virus tersebut? Ni antara persoalan yang masih bergentayang di minda kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *